Bekerja sebagai tukang penghantar makanan bukanlah satu tugas yang mudah dan mungkin anda akan mengalami situasi yang melucukan semasa bekerja. Sama macam gelagat seorang kanak-kanak ini yang mengambil pesanan dari Abang Grab ini namun ada sesuatu yang menarik perhatian ramai.
Semuanya gara-gara kemunculan ‘cendol’ di muka kanak-kanak itu sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya. Malah ramai yang turut tidak menyangka ada sesuatu pula yang berada pada muka kanak-kanak itu pada penghujung video.
@kayyyrinii tang bila keluar cendol dia pun taktahu lah. nasib abg grab gelak je 🥴 #fyp #fypシ
Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang kanak-kanak yang sedang mengambil pesanan minuman dari penghantar makanan itu. Menurut pemilik video, dia meminta anak buahnya itu mengambil pesanan tersebut sambil diperhatikannya dari dalam rumah.
Pada awalnya, segalanya berjalan dengan lancar malah dia juga begitu bijak menyerahkan wang yang dipegangnya pada lelaki itu. Namun sebaik sahaja dia berpaling, kelihatan hingus yang keluar dari hidung kanak-kanak itu.
Lebih melucukan, kejadian itu turut disaksikan oleh penghantar makanan itu yang mungkin turut terkejut melihatnya. Malah netizen turut berseloroh pastinya lelaki itu juga turut terkedu melihat ‘cendol’ yang berada pada muka kanak-kanak itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat situasi yang dikongsikan ini. Ada juga yang berseloroh kejadian itu tentunya turut menghiburkan penghantar makanan tersebut.
“Ingatkan adik tu campak makanan tu rupanya…”
“Apa lah perasaan abang grab tu.”
“Hahahaha mesti abang tu terkejut.”
“Dah ada cendol nape order grabfood lagi.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Cubaan Anjing Ini Baring Di Katil Kucing Buat Ramai Terhibur
Reaksi Wanita Kena Prank Emas Terbang Bikin Terhibur, “Dah Terguling Member…”
Budak Kecil Main Tiup Belon Raih Perhatian, “Muncung Sangat Tu…”