Kucing dan anjing sering dianggap sebagai musuh dan tidak mempunyai hubungan yang baik di antara mereka. Namun itu semua mungkin hanyalah satu mitos sahaja kerana ada sahaja pencinta haiwan yang membela kucing dan anjing di dalam rumah yang sama.
Baru-baru ini pula, gelagat seekor anjing ini meraih perhatian apabila dia cuba baring di atas katil yang sama dengan kucing ini. Tetapi reaksinya yang takut-takut ini membuatkan ramai yang terhibur melihatnya dan video itu juga tular dengan lebih 52 juta tontonan setakat ini.
@leafygarnish Reply to @prettipvndv
Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang tidur di katilnya dan dalam masa yang sama terdapat seekor anjing yang berada dekat dengannya. Apa yang menarik perhatian ialah gelagat anjing itu yang seperti serba salah untuk menyertai kucing tersebut.
Lebih mencuit hati, anjing itu kemudian melangkah dengan penuh berhati-hati untuk baring di katil tersebut sambil diperhatikan kucing itu. Mungkin juga dia bimbang kucing tersebut akan berasa marah atau tidak selesa melihatnya di situ.
Sehinggalah pada penghujung video, anjing itu akhirnya berjaya untuk baring di katil tersebut walaupun dia masih lagi kelihatan takut di situ. Dalam masa yang sama, kejadian itu turut disaksikan oleh seekor lagi kucing lain yang turut berada tidak jauh dari tempat itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat reaksi cuak dari anjing ini. Malah ada yang berseloroh gayanya itu seperti seorang suami yang takut dimarahi oleh isterinya sahaja.
“Ingatkan anjing tu nak kencing mula-mula tu…”
“Kesian.”
“Misi berjaya.”
“Anjing tu elak eye contact.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Reaksi Wanita Kena Prank Emas Terbang Bikin Terhibur, “Dah Terguling Member…”
Budak Kecil Main Tiup Belon Raih Perhatian, “Muncung Sangat Tu…”