Ramai yang memilih untuk membela kucing sebagai haiwan peliharaan ditambah pula dengan gelagat manja mereka yang diketahui ramai. Tetapi selain kucing, kambing juga antara haiwan peliharaan yang cukup manja sama seperti yang dikongsikan pemilik video ini.
Malah gelagat manjanya ini turut mencuit hati netizen apabila anak kambing ini seakan-akan tidak boleh berpisah jauh dengan pemiliknya. Video tersebut juga tular dikongsikan dengan hampir sejuta tontonan setakat ini.
@lauras981
Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor anak kambing yang sedang mengembek sambil mencari sesuatu. Menurut pemiliknya, anak kambing itu sangat manja dengannya dan pasti akan membuat bunyi bising sekiranya tidak melihatnya di situ.
Turut dapat dilihat, anak kambing itu yang terus menerus mengembek dan dalam masa yang sama mencari pemiliknya di situ. Pemiliknya yang menyorokkan diri itu kemudiannya memanggil anak kambing itu selepas lama menunggu.
Lebih mencuit hati, anak kambing itu segera datang kepada pemiliknya itu seolah-olah faham apa yang berlaku. Reaksinya ini turut mencuit hati netizen apabila ianya disamakan seperti gelagat kucing yang manja dengan pemilik mereka.
Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat manja dari kambing ini. Malah ada yang berseloroh berasa tertarik untuk membela kambing pula selepas melihat gelagat manja mereka ini.
“Alololo manja sangat ni.”
“Teringinnya nak bela kambing. Perangai diorang ni memang comel-comel ke…”
“Saya syak kucing saya ni kambing lah…”
“Aku dah rasa macam budak-budak jerit makkk…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Budak Kecil Main Tiup Belon Raih Perhatian, “Muncung Sangat Tu…”
https://www.himpunanceritalawak.com/2022/01/12/gelagat-oyen-tidur-di-kaki-tuan-siap-peluk-kaki-bikin-dekah/
Reaksi Comel Anjing Bila Disuruh Ke Tepi Buat Ramai Terhibur, “Kemain Kepala Dia…”