Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
oyen

Gelagat Oyen Tidur Di Kaki Tuan, Siap Peluk Bikin Dekah

Jannah by Jannah
7 months ago
in Haiwan
Reading Time: 2 mins read

Selalunya apabila bercakap tentang si oyen, memang ramai yang akan teringat tentang kenakalan mereka sahaja berbanding kucing lain. Namun lain pula dengan si oyen ini yang membuatkan ramai ‘cair’ melihat gelagat manjanya bersama pemiliknya ini.

Bukan sahaja kelihatan manja malah dia juga siap tidur sambil memeluk kaki pemiliknya ini sekaligus membuatkan netizen terhibur melihatnya. Malah ramai yang tidak menyangka ada juga si oyen yang begitu manja seperti ini.

@tianadwi00_99

#cat #fyp #catlover

♬ original sound – EJaaaaaaa – EJaaaaaaa

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing berwarna oren yang sedang nyenyak tidur di kaki pemiliknya ini. Pemiliknya kemudian cuba mengalihkan kakinya ke tepi namun reaksi dari si oyen ini pula yang menarik perhatian ramai.

Kucing itu kemudian dilihat memeluk kaki pemiliknya itu seolah-olah tidak membenarkannya pergi jauh. Lebih mencuit hati, si oyen meneruskan tidurnya dalam keadaan sedang memeluk kaki pemiliknya itu.

gelagat oyen

Malah gayanya ini seakan-akan seekor koala yang sedang berpaut pada pokok sekaligus membuatkan ramai tergelak melihatnya. Netizen juga turut terkejut melihat gelagat manjanya ini lagi-lagi untuk kucing seperti si oyen ini yang biasanya nakal dari biasa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat manja kucing ini. Malah ada yang berseloroh tertanya-tanya mengapa kucing mereka tidak manja seperti yang dilakukan si oyen ini.

“Asal kucing aku tak macam ni…”

kucing

“Ulat bulu oyen.”

oyen

“Mengada oyen.”

komen

“Kucing ku makan kaki.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Kucing Nama Rokiah Raih Perhatian, Siap Toleh Bila Nama Dipanggil

Gelagat Budak Kecil Main Besen, Hujung Video Pula Bikin Dekah

Kucing Bunyikan Mangkuk Makanan Kejut Tuan Bangun, “Buat Perangai…”

Sumbertik tok

Trending

Jep (16)
Hiburan

Sambut Jep pulang, kereta pula jadi tumpuan- “Senyap je takde tunjuk2”

3 days ago
hadiah kahwin
Kehidupan

Pengantin Terkedu ‘Unboxing’ Hadiah Kahwin Terjumpa Barang Lama Dan Berhabuk

1 day ago
Mamat
Hiburan

Giliran Jep pula ditegur MamatGotNoChill, “Hahaha penatla aku gini”

4 days ago
Billie
Hiburan

Peminat ‘bertuah’ jumpa Billie Eilish selamba main ‘drift kart’ di tempat kerja

2 hours ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia