Umum sedia tahu yang demam Bollywood melanda negara sejak dari dulu lagi. Tidak kiralah dari filem, lagu dan tarian semuanya memiliki aura hiburan yang tersendiri.
Bukanlah sesuatu yang baru, namun sehingga kini lagu-lagu Bollywood masih memiliki peminatnya yang tersendiri. Malah antara selebriti tempatan yang sememangnya peminat lagu-lagu Bollywood. Antaranya adalah Afifah Nasir, Syafie Naswip dan ramai lagi.
Baru-baru ini sekumpulan selebriti telah menghasilkan satu video yang memaparkan mereka menari seakan dalam filem Bollywood. Di awal rakaman kelihatan Afifah datang kepada Fimie Don. Tidak lama kemudian kelihatan beberapa selebriti turut masuk frame sambil menari.
Namun apa lebih mencuri perhatian adalah Jasmin Hamid yang muncul di belakang mereka ini. Berikut adalah perkongsian rakaman mereka menari seakan dalam filem Bollywood ini:
@syafienaswip Avenger of Along ❤️🤣
Bukan main masing-masing tunjuk bakat ya. Memang meriah! Perkongsian rakaman menari seakan dalam filem Bollywood yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama syafienaswip ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan 44 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruang komen seperti berikut:
“Aku tengok ulang2..Syok la pulak hahaha”
“Backup dancer semua talented”
“Hahaha Jasmin Hamid..Lawak”
“Aku tak tahu kenapa aku tersenyum sorang2”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Babak Lakonan Bell Ngasri Dan Jasmin Hamid, “Kena La Watak Ibu Dan Anak”
Mustapha Kamal Layan Netizen, “Papa Betul2 Menghiburkan Hati”
Video Baca Berita Lelaki Ini Curi Perhatian, “Ni Bukan Sedikit. Ni Kedekut”