Selain suara penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra disapa Tokti ini disukai, wajahnya yang sudah mencecah lebih 40 tahun juga antara yang cukup dikagumi oleh para peminatnya.
Dengan raut wajahnya yang begitu jelita, boleh dikatakan tidak dimakan usia membuatkan peminat Tokti sendiri tidak percaya.
Terbaharu pula, Tokti nampaknya hangat dibualkan oleh netizen di aplikasi TikTok berikutan satu rakaman video yang dikongsikan ini memaparkan kejelitaanya seperti patung.
Umum diketahui, pada 11 Januari lalu Tokti menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke- 43 dan seperti tahun-tahun sebelum ini, Tokti sentiasa mendapat perhatian ramai.
Kali ini juga, Tokti tidak terkecuali daripada hangat dibualkan ramai kerana majlisnya yang bertemakan barbie menyerlahkan lagi kejelitaan penyanyi popular ini sehingga menerima pelbagai pujian ramai terhadapnya.
@toktitiktok Di majlis minum petang dan sambutan hari lahir saya semalam di Barbie Cafe, Grand Hyatt Kuala Lumpur ❤️😍 #happybirthdaysitinurhaliza #sitinurhaliza #barbie #barbiegirl #barbiecafe
Malah di Instagram juga, Tokti menerima dengan pantas ribuan tanda suka ramai apabila foto-fotonya yang mengenakan solekan mengikut tema juga mencuri tumpuan warganet.
Dalam pada itu, perkongsian di TikTok pula peminat penyanyi popular ini meninggalkan komen positif berserta pujian buatnya.
“Kalau Barbie keluarkan limited collection patung Tokti, saya akan…”
“Cantik, kalah patung Barbie…”
“Comel, dua dua muka Tokti…”
“Cantik sangat Tokti walau…”
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
“Suara mcm Baimm”- Anak Aliff Aziz nyanyi bikin netizen ‘terpukau’ gara2 comel sangat
Sikap tak sombong Maria Farida dipuji warganet, “Cakap pun lembut…”
Disangka Nabil Ahmad paling tinggi, video dengan Aliff Aziz jadi tumpuan, “Saing2 Kwang Soo…”