Setiap kali menjelangnya hujung minggu, pastinya ramai yang keluar berjalan-jalan di tempat menarik untuk berhibur. Sama juga macam gelagat gadis ini yang berkongsikan gambarnya melawat muzium baru-baru ini namun ianya tidaklah seperti yang dijangka.
Malah netizen juga turut berasa tertipu apabila rupa-rupanya terdapat plot twist lain di dalam gambar yang dikongsikannya ini. Perkongsian tersebut juga tular dikongsikan di mana ianya meraih lebih dari sejuta tontonan setakat ini.
@.ainsll Takda bajet nak pergi museum ðŸ˜
Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu berkongsikan beberapa gambarnya semasa berada di sebuah muzium. Tetapi sebenarnya gambar itu bukanlah diambil di muzium sebaliknya hanyalah diambil di bilik mereka sahaja.
Lebih melucukan, dia turut berkongsikan kejadian di sebalik tabir yang berlaku di mana rakannya yang mengambil gambar tersebut. Turut kelihatan, mereka berdiri di atas katil sambil merakamkan gambar seakan-akan di muzium itu.
Apa yang menariknya, gambar tersebut sememangnya nampak ‘real’ dan membuatkan ramai percaya ianya kelihatan seperti di muzium. Pemilik video turut berseloroh memandangkan mereka tiada bajet untuk ke muzium, mereka hanya mengambil gambar itu di rumah sahaja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat plot twist yang dikongsikan ini. Dalam masa yang sama, ramai yang turut memuji skill gadis itu mengambil gambar di mana ianya betul-betul kelihatan seperti di muzium.
“Bijak dia tak buat main-main.”
“Ada bakat photographer…”
“5 bintang untuk photographer.”
“Share location muzium tu macam best.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Gadis Kongsi Rekaan Baju Kelawar Undang Tawa, “Ini Baju Kelakar…”
Anjing Tolong Tuan Mandikan Kucing Bikin Dekah, “Bila Adik Kau Degil…”
Reaksi Lucu Kucing Bila Tuan Bangun Lambat, “Muka Tak Puas Hati…”