Sejak semalam perkongsian satu video yang memaparkan telatah seorang kanak-kanak yang berkongsikan tentang penemuan seekor ular sawa telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut kedengaran kanak-kanak lelaki tersebut memberitahu tentang penemuan itu dengan gaya seakan wartawan.
Disebabkan itu budak lelaki yang petah bercakap digelar wartawan cilik kerana bijak melaporkan situasi getir yang berlaku tersebut. Berikut adalah perkongsian rakaman siaran langsung di Facebook yang kemudiannya dimuat naik semula oleh seorang pengguna media sosial tersebut:
Petah dan pandai bercerita ya adik ini! Memang dahsyat sungguh penemuannya itu. Disebabkan video tersebut telah viral, satu lagi rakaman yang memaparkan telatah anak ini turut dikongsikan semula.
Namun kali ini budak viral cerita pasal ular sawa nampaknya berada di dalam bilik guru di sekolah. Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun akmakhori, kedengaran anak ini bercerita dengan lebih tenang dari video siaran langsung sebelum ini.
@akmakhori viral ular sawa..cerita penuh semangat 🤣🤣🤣
Di ruangan komen perkongsian budak viral cerita pasal ular sawa ini rata-rata warganet memuji kepetahan anak kecil ini bila bercakap. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan perkongsian tersebut:
“Pandai goreng betui budak ni! Masa dia wat liputan dia kata duk tengah wat keja sekolah. Lepas tu tengah cuci longkang pulak”
“Video orang dah tengok dik. Besaq kerusi teruih dia tibai”
“Ada lagi sambung..Ingat habih dah”
“Sampai kat sekolah kau dik bercerita dalam bilik guru pulak tu”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Anak Oyen Tidur Sampai Tergelongsor, “Oyen Ni Memang Lain Dari Yang Lain”