Roti canai antara salah satu hidangan makanan yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Tetapi bukan mudah untuk membuatnya dan hanya yang pakar sahaja yang tahu cara untuk menebar roti canai dengan betul dan menjadi.
Baru-baru ini pula, cubaan seorang lelaki ini yang baru sahaja belajar menebar roti canai berjaya mencuit hati netizen. Malah rata-rata penonton yang melihat cubaannya ini turut sama berdekah apabila dia kelihatan begitu kekok menebar roti canai itu.
@olanbarber Tokey kedai baru nk blajo neborr roti..rabakk jadinye🤣 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #fypシ゚viral
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan gelagat tuan kedai itu yang sedang menebar roti canai. Menurutnya, lelaki itu sedang belajar cara untuk menebar roti canai sambil diperhatikan pekerjanya yang lain.
Memandangkan keadaan kedai yang tidak sibuk, lelaki itu mengambil peluang itu untuk belajar melakukannya. Namun apa yang menarik perhatian ialah gelagat lelaki itu yang kelihatan begitu kekok menebar roti canai itu sehingga membuatkan yang lain berdekah melihatnya.
Lebih melucukan, roti canai yang ditebarnya itu juga habis koyak rabak dibuatnya dan tidak menjadi seperti biasa. Lelaki itu sempat berseloroh kebiasaannya roti yang ditebarnya itu menjadi tetapi tidak kali ini semasa dia mencubanya.
Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat gelagat kekok lelaki ini menebar roti canai. Malah ada yang berseloroh mungkin juga lelaki itu perlu bersedia beberapa hari lebih awal jika mahu menyiapkan pesanan pelanggan.
“Untuk tempahan kena 2 hari awal ye.”
“Kena belajar dengan wahid senario, tebar baju dalam bilik air…”
“Hari ni order, lusa baru dapat.”
“Biasa lah, time rehearsal selalu jadi. Time nak present tu, ada je masalahnya.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Gelagat Mak Panggil ‘Putih’ Balik Rumah, “Ingatkan Panggil Anak Bulus…”
Kucing Elok Tengah Tidur, Reaksi Wanita Takut Kucing Ini Pula Undang Ketawa
Budak Tenangkan Sepupu Menangis, Reaksi Adik Pula Buat Ramai Terhibur