Semasa kecil dahulu, tentunya rutin ke pusat membeli belah atau pasar raya antara situasi yang paling menyeronokkan. Yang paling seronok sekali pastinya menemani ibu bapa membeli barang-barang sama seperti situasi yang dikongsikan ini.
Malah ramai yang turut sama dapat ‘relate’ dengan situasi ini di mana setiap kanak-kanak pastinya akan cuak pula apabila ditinggalkan di kaunter semasa membuat pembayaran. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah juta tontonan kini.
@farhamyusof Benda ni nampak biasa, tapi rasa dia luar biasa 😂 #fyp #fypage #fypシ #broam
Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu melakonkan semula situasi tersebut di mana ramai yang pernah melaluinya semasa kecil dahulu. Semasa berada di kaunter pembayaran, si ibu kemudian meminta cashier untuk menunggu sebentar sementara mereka mengambil barang yang lain.
Manakala kanak-kanak itu akan dibiarkan menunggu di kaunter itu seorang diri sambil menunggu mereka kembali dengan barang tersebut. Lebih melucukan, cashier tersebut mula melakukan scan barang dengan begitu pantas sekali.
Sehinggakan pada akhirnya lelaki itu meminta kanak-kanak tersebut untuk membuat pembayaran sekaligus membuatkan dia cuak dibuatnya. Melihatkan situasi yang dikongsikan ini, ramai juga netizen yang pernah melalui situasi yang sama.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh semua pastinya pernah membesar dengan kenangan yang sama sewaktu kecil dahulu.
“Cashier pun saja je kan. Gelabah dah adik tu.”
“Aku lagi rela pergi ambik barang-barang yang tak cukup tu.”
“Waktu jadi cashier dulu selalu buat macam ni…”
“Gelabah dia lain macam. Lagi-lagi kalau ada customer menunggu kat belakang.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
https://www.himpunanceritalawak.com/2022/03/01/kucing-suka-duduk-dalam-posisi-kelakar-undang-ketawa-tu-kucing-ke/
Gaya Lelaki Tersilap Alas Pinggan Bikin Dekah, “Boleh Join Sepahtu…”
Lelaki Selamatkan Kucing Dalam Banjir Raih Perhatian, “Pucat Dah Muka…”