Biarpun sudah beberapa hari AJL36 berlangsung, namun persembahan Marsha Milan menerusi lagu Cinta masih dibualkan ramai. Persembahan yang cukup memberikan kesan kepada penonton yang menyaksikannya.
Tidak cukup dengan itu, ramai juga selebriti yang membuat video menyanyikan semula lagu ‘berhantu’ ini. Salah seorangnya adalah Ara Johari yang cukup terkenal dengan vokal cukup padu.
Dalam satu perkongsian, kelihatan Ara Johari duduk di dalam kereta sambil menyanyikan semula lagu Cinta ini. Melihatkan penyanyi ini cukup santai dan memang hebat tarik lagu tersebut dengan selambanya.
Rakaman lagu Cinta versi Ara Johari ini sudah semestinya telah mencuri perhatian peminat penyanyi ini. Korang layan dulu nyanyian padu Ara Johari di dalam kereta ini:
@arajohariofficial Tak tidur malam bila dengar @marsha_milan nyanyi 🤍🥰 omg congratulations, u deserve it!! #fypシ #cintamarshamilan #ajl36
Wow, memang tak terungkap dengan kata-kata menyaksikan kehebatan vokal Ara ini! Perkongsian rakaman lagu Cinta versi Ara Johari ini telah dimuat naik menerusi akaun TikTok milik penyanyi ini dan meraih lebih 575 ribu tontonan dan 60 ribu likes.
Rata-rata warganet memuji suara nyanyian penyanyi wanita ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Ara dah biasa nyanyi lagu Akim. Mesti tau semua note tinggi2kan. Terbaik Ara”
“Ara memang boleh bawak high note song! Lagu dia pun mostly high note”
“Masa Marsha nyanyi tu terus teringat Ara Johari sebab selalunya dengar Ara je nyanyi macam tu”
“Omgggg. This one pun buat aku meremang!
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Tuan Rumah Belum Rasmi, Pekerja Pembinaan Didakwa Duduk Dulu?
Kisah Kebaikan Tangmo Nida Semasa Hidup Menjadi Tumpuan, “Attitude Dia Bagus”
Di Sebalik Tabir Drama Lakonan Gambit Saifullah Tular, “Menjadi Betul Dia Berlakon”