Mempunyai raut wajah yang sama dengan selebriti mungkin boleh menjadi satu kelebihan bagi seseorang. Macam seorang lelaki ini yang mencuri tumpuan ramai apabila dia digelar sebagai kembar kepada Zul Ariffin baru-baru ini.
Malah video tersebut juga tular dan meraih hampir sejuta tontonan setakat ini di mana ramai yang tergamam melihat persamaan mereka ini. Namun sebenarnya, lelaki itu bukanlah kembar Zul Ariffin seperti yang disangkakan oleh orang ramai.
@s.a.films Reply to @rinishamehrunisa267 ade sikit ucapan dr abg ipin 😂😂 #deepfake #budakootd #fyp #zulariffin
Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang memberikan ucapan selamat hari raya kepada pengikutnya. Dalam masa yang sama, raut wajahnya kelihatan begitu sama dengan pelakon Zul Ariffin sekaligus membuatkan ramai tertarik melihatnya.
Bukan sahaja mempunyai wajah yang sama malah suara dan gayanya juga dilihat sama dengan pelakon terkenal itu. Lelaki itu juga sempat menjawab komen dari pengikutnya yang menyangkakan lelaki itu adalah Zul Ariffin pada awalnya.
Namun sebenarnya, pemilik akaun itu hanya menggunakan aplikasi Deepfake yang mampu mengubah wajah seseorang kepada wajah selebriti terkenal. Disebabkan itulah, lelaki itu kelihatan begitu mirip sekali dengan pelakon itu hingga ada yang menggelarnya kembar Zul Ariffin.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terkejut melihat persamaan yang jelas ini. Malah ada yang berseloroh lelaki itu kelihatan seperti Zul Ariffin namun dalam versi yang berbeza.
“Abang zul extra yis.”
“Zul Ariffin versi lepas raya.”
“Kurus kompom jadi Zul Ariffin.”
“Lama sangat tak pergi gym.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Gelagat Lucu Budak Lelaki Selamba Ukur Perut PM, “Lain Macam Kau Bergurau Dik…”
Peminat Berbangsa India Kongsi Reaksi Teruja Fazura Berjumpanya, “Siap Peluk…”