Bila tibanya Aidilfitri, menjadi satu budaya pula di Malaysia untuk memberi duit raya kepada kanak-kanak. Biarpun tujuan utama menyambut hari raya adalah untuk meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa dan bermaaf-maafan, budaya memberi duit raya hari ini menjadi satu kemestian pula.
Namun begitu bergantung kepada persepsi masyarakat itu sendiri. Sudah pastinya bagi yang bergelar ibubapa seharusnya memberikan pesanan dan didik anak-anak tentang budaya duit raya ini. Antaranya adalah betulkan persepsi bahawa bersalaman di hari istimewa adalah untuk bermaafan dan bukannya untuk meminta dan mengumpul duit raya.

Apa yang lebih dikesalkan apabila isu duit raya anak ini menjadi bualan hangat di sosial media. Pelbagai versi kisah dikongsikan yang mana ada diantaranya membuatkan warganet tidak senang. Menerusi satu perkongsian di Twitter, pengguna aplikasi tersebut dengan nama idespisecats meluahkan pendapatnya berkenaan isu ini. Berikut adalah perkongsian darinya:
Masalahnya budak-budak OK je dapat duit raya seringgit dua tapi mak ayah yang over siap merempan di Facebook dah kenapa?
Kau angkut anak-anak pergi rumah orang nak beraya ke nak mengemis?
Terima ajelah apa pemberian orang. Mak ayah pula over nak paling kurang RM5/10 segala. 😭
— AWANG (@idespisecats) May 7, 2022
Manakala satu lagi kisah isu duit raya anak dikongsikan semula oleh seorang lagi pengguna lain seperti berikut:
I stop read at "ambo" pic.twitter.com/rCpXLMws69
— Salem The Cat ᓚᘏᗢ (@SalemTheCats) May 6, 2022
Kedua-duanya mengetengahkan isu sama, iaitu budaya duit raya yang disalah ertikan maksudnya. Eloklah kiranya budaya ini diperbetulkan. Memberi duit raya adalah bergantung kepada tuan badan. Tidak kira berapa jumlahnya, janji si pemberi itu ikhlas dan lebih manis jika si penerima turut berlapang dada serta tidak mempersoalkan mengenainya.
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Ramai Boleh ‘Relate’ Babak Mohon Maaf Di Hari Raya Dalam Drama Ini
Bagi Makan Ikan Pakai Baju Melayu Sempena Hari Raya, Penyelam Aquaria Ini Tarik Perhatian Ramai!
Bersilat Dulu Baru Dapat Duit Raya, Gelagat Sekumpulan Remaja Ini Boleh Berdekah Dibuatnya!