Memasuki seminggu berhari raya, pelbagai versi lagu sempena perayaan yang disambut penuh meriah ini telah pun diterbitkan. Ada yang menyentuh emosi, rancak dan gembira dan pelbagai lagi. Itu belum dikira lagu dari penyanyi popular atau pendatang baru dalam dunia hiburan, banyak juga yang meraih perhatian ramai.
Namun begitu, satu muzik video lagu raya dari sebuah sekolah seni ini telah mendapat perhatian umum. Lagu berjudul ‘Dah Boleh Raya’ ini adalah dari Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP). Lagunya agak unik kerana lirik yang digubah sendiri.
Selain itu tarian tradisional turut dipaparkan dalam muzik video raya sekolah seni ini. Perkongsian sedutan menerusi satu akaun Twitter baru-baru ini telah berjaya menambat hati warganet dengan lebih 12 ribu likes. Berikut adalah perkongsian itu:
Bangga sangat tengok pelajar pelajar SSeMP. guys, jom buat lagu ni viral. At least, budaya tarian melayu masih lagi diteruskan dengan ada nya bakat bakat diorang ni💕
Link https://t.co/FVZLSsReHp pic.twitter.com/F81VQ5mJXr
— Anak Yat 🪐 (@hillmyt) May 8, 2022
Pastinya ada yang tercari-cari muzik video raya sekolah seni ini di Youtube. Berikut adalah perkongsian menerusi saluran Pocket.Media:
Guru dan pelajar bergabung memang meriah video yang dihasilkan ini. Paling penting tarian tradisional tidak dilupakan! Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:
“Power gilaa weh”
“Sangat terbaik..Suka lagu ni..Suka elemen tarian tradisional..Terbaik dan tahniah kepada warga sekolah!”
“Oh myyyy..Bagus nya anak2 sekolah and cikgu3 ni perform dalam MV ni. Tahniah! Lagu pun boleh layan”
“Hebat..hebat..Goosebump tengok weii..Tahniah semua yang terlibat..Dah macam High School Musical..”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Budak Viral Cerita Pasal Ular Sawa, “Sampai Kat Sekolah Dik Kau Cerita…”
Lukisan Pelbagai Karakter Kartun Atas Baju Sekolah, “Memang Tangan Seni”
Pelajar Cover Lagu Spin Pakai Rekoder, “Rindu Lak Zaman Sekolah”