Sukan SEA 2021 yang kini sedang berlangsung di Vietnam nampaknya mendapat perhatian ramai. Bermula 12 Mei yang lalu, sehingga saat artikel ini ditulis, Malaysia sudah merangkul 6 pingat emas, 2 perak dan 5 gangsa.
Bagaimanapun dalam acara Pencak Silat baru-baru ini, dipaparkan satu rakaman seorang atlet bagi acara tersebut sedang bertanding. Perkongsian menerusi akaun TikTok Astro Arena ini telah mencuri perhatian warganet apabila gelagat penyokong di acara Pencak Silat ini yang cukup mengagumkan.
Korang saksikan sendiri gelagat penyokong di acara Pencak Silat di Sukan SEA ini:
@astroarena Luqman Laji MARA ke pusingan seterusnya dlm acara Pencak Silat kategori Tunggal Lelaki. #semarakjuara #sokongmalaysia #sukansea2021
Sokongan padu nampaknya dari penonton! Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kalau korang dengar betul-betul, sorakan penonton di dewan tersebut sama pula dengan gerakan yang dibuat atlet. Memang riuh!
Difahamkan atlet dalam rakaman ini adalah Luqman Laji yang berjaya ke pusingan seterusnya dalam acara Pencak Silat kategori Tunggal Lelaki. Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 100 ribu tontonan dan 14 ribu likes.
Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:
“Sape punya suara jerit2 tu btw ikut lak kan gaya”
“Semangat kawan2 dia. Auto jadi semangat jugak member tu nak beraksi”
“Sound belakang tabir main peranan woo”
“Kalau aku di tempat Luqman dah lama aku gelak dengar diorang macam tu”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Memerang Datang Lepak Sungai Melaka, “Petanda Yang Baik Mungkin”
Muzik Video Raya Sekolah Seni Dipuji, “Dah Macam High School Musical”
Kucing Berpesta Di Rumah Bila Tuan Balik Kampung, “Pandai Berlakon Masing2!”