Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman sebuah kereta yang terbakar semasa menaiki bukit untuk menuju ke Genting Highlands. Lebih mendebarkan lagi, kereta tersebut kemudiannya mengundur ke belakang dengan sendirinya dalam keadaan enjin yang masih terbakar.
Rakaman tersebut berjaya dirakamkan oleh orang awam yang sedang menaiki cable car di pusat percutian tersebut. Situasi ini juga turut membuatkan ramai netizen yang panik dibuatnya dan turut tertanya-tanya punca kejadian berlaku.
@ren.pmx Reply to @ren.pmx
Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan rakaman kereta berwarna putih yang dilihat terbakar pada bahagian enjin kereta. Malah api tersebut juga marak dengan begitu pantas dan menyaksikan asap tebal yang berada di kawasan itu.
Apa yang membuatkan ramai panik ialah kereta tersebut kemudiannya menuruni bukit tersebut dengan begitu cepat sekali. Mujur juga terdapat sebuah kereta Vellfire yang cuba menahan kereta tersebut dari terus menuruni bukit dan mungkin berlanggar dengan kenderaan lain.
@kas_man88_tks
Di dalam satu rakaman yang lain pula, kelihatan orang awam yang cuba memadam kebakaran menggunakan pemadam api. Dalam masa yang sama, netizen memberitahu pemilik kereta dan keluarganya selamat tanpa sebarang kecederaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tertanya-tanya punca yang menyebabkan kejadian itu berlaku. Ada juga yang turut memuji pemandu Vellfire yang berusaha menahan kereta tersebut walaupun ia mungkin membahayakan dirinya sendiri.
“Nasib baik ada peti ais tolong tahan.”
“Vellfire, pengorbananmu tidak didendang, tika api marak membakar namun dirimu teguh bertahan…”
“Sejahat jahat peti ais, ada yang baik juga.”
“Vellfire is redha.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Isu Bercakap Bahasa Inggeris Masa Beraya, Pandangan Wanita Ini Raih Perhatian
Netizen Syaki Untuk Tujuan Skodeng, Lelaki Ikat Telefon Pada Kaki Cetus Persoalan
Ramai Bawa Kereta Laju Sangat, Lelaki Menyamar Buat ‘Speed Trap’ Depan Rumah