Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
wanita misteri

Wanita Misteri Berdiri Tengah Jalan Di Cyberjaya Cetus Persoalan Ramai

Jannah by Jannah
2 months ago
in Kehidupan
Reading Time: 2 mins read

Setiap kali melihat kejadian aneh di jalan raya, memang ramai yang tidak berani untuk berhenti dan membantu ditambah pula dengan pelbagai kes jenayah yang berlaku. Begitu juga dengan situasi ini apabila kelibat wanita misteri yang menjadi persoalan ramai di media sosial.

Kemunculan wanita tersebut yang berdiri tegak di jalan membuatkan ramai tertanya-tanya tentang identitinya ini. Malah rata-rata yang pernah melihatnya tidak berani untuk mendekati wanita itu yang sering membuat kemunculan di kawasan sekitar Cyberjaya.

@alyshazlkn

Siapa lalu cyberjaya petang tadi nampak akak ni? Dia berdiri tegak sorang2 kat atas jalan raya.

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan rakaman seorang wanita yang berdiri tegak di atas jalan semasa dirakamkan. Menurutnya, wanita misteri itu sering kali berada di sekitar kawasan Cyberjaya dan hanya bersendirian sahaja.

Turut kelihatan, wanita itu berdiri tegak di situ tanpa melakukan apa-apa. Berdasarkan pakaiannya juga, dia tidak kelihatan seperti mereka yang memerlukan bantuan malah siap memakai pakaian formal seperti mereka yang sedang bekerja.

@alyshazlkn

PART 2 Kali ketiga kitaorang lalu dia tgh berdiri macam ni dekat tepi jalan. #scary #scarytiktoks #haunted #kisahseram #fyp

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Pada awalnya, ramai yang menganggap wanita misteri itu adalah identiti mistik namun ada yang memberitahu pernah melihat wanita yang sama sebelum ini. Pemilik video juga ada berkongsikan rakaman lain yang menunjukkan wanita itu berjalan seorang diri di tepi jalan.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut tertanya-tanya tentang identiti misteri wanita itu. Malah ada yang bersimpati dengan nasibnya yang kelihatan seperti mereka yang sakit dan dalam kesusahan.

“Ye I pun nampak dia 2 hari lepas berdiri tegak depan atm kat tempat kerja…”

wanita

“Akak tu pernah viral dulu yang berjalan tapi kain dia ada kesan air tumpah. Maybe orang ada niat jahat kat dia.”

misteri

“Cikgu kitorang ada macam ni dulu tapi sebab dia pernah eksiden and kadang kena brain freeze kejap.”

komen

“Saya selalu nampak dia jalan-jalan sorang sorang macam ni. Kesian dia tengok, nak tolong tak berani.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Selalu Tersenyum Masa Memasak, Chef Terkenal Turki Dilaporkan Sedang Sakit

Rakaman Kereta Terbakar Mengundur Ke Belakang Cetus Panik

Isu Bercakap Bahasa Inggeris Masa Beraya, Pandangan Wanita Ini Raih Perhatian

Sumbertik tok

Trending

Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

4 days ago
mak wan latah
Hiburan

Bekas Pengurus Peribadi Bongkarkan Perangai Sebenar Mak Wan Latah

22 hours ago
senario beach boy lokasi
Hiburan

Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Resort Terbengkalai Akhirnya

3 days ago
Redza (6)
Hiburan

Penonton terlalu suka ‘ending’ Bisik-Bisik Gelora, “Mcm ni baru realiti life”

4 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia