Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis sambutan hari raya Dato’ Seri Siti Nurhaliza bersama peminatnya. Dalam majlis serba ringkas itu dapat dilihat penyanyi nombor satu negara yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini melayan pelbagai ragam peminatnya dengan sempoi sekali.
Malah dalam satu perkongsian oleh Siti Nurhaliza sendiri di TikTok miliknya, dia bersama peminatnya membuat trend video kini yang menggunakan lagu ‘Shakaboom’. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah video balik tabir dikongsikan oleh penyanyi ini pada awalnya.
@toktitiktok Kecoh sungguh time latihan utk tik tok ni .. hahahah.. Tq #sitizoners sayang yang sudah datang untuk majlis potluck raya kita .. #liplapraya #tiktokmalaysia #fypシ #sitinurhaliza #fyp #sitizoners
Jarang-jarang orang kongsi video di sebalik tabir penghasilannya bukan? Tapi itulah, disebabkan rakaman ini ramai pula yang menyeru Mamat untuk memberikan teguran mengenainya. Untuk info, Mamat ini terkenal di TikTok dengan perkongsian menegur sesiapa sahaja yang buat video trending tidak mengikut cara sebenarnya.
Disebabkan itu kali ini giliran Mamat tegur video trend Siti Nurhaliza tersebut. Berikut adalah muat naik oleh pemuda ini:
@mamatgotnochill
Sudah pastinya ia adalah gurauan semata-mata. Berikut antara reaksi warganet yang terhibur dengan giliran mamat tegur video Tok Ti ini:
“Weh Dato CT pun kena jugak”
“Laju buat keje bang”
“Weyh dia tegur tokti”
“Aku dah agak mesti kena bahan. Tapi nasib baik dimaafkan”
“Ahahaha kau ni memang la bro. Kelakar”
Dalam satu perkongsian lain admin TikTok Siti Nurhaliza memuat naik hasil video di sebalik tabir ‘Shakaboom’ tersebut. Berikut adalah hasilnya:
@toktitiktok Akhirnyaaa… ghitulah!! 😅😅. #sitizoners #fyp #sitinurhaliza #liplapraya #potluckraya
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Kakak Tegur Adik Pakai Jam Tangannya Masa ‘Live’, “Memang Biasa Dalam Adik-Beradik”
Di Sebalik Babak Sedih Pemergian Pak Samad, Rupanya Ini Yang Berlaku!
Hairul Azreen Kena ‘Bahan’ Gara2 Dua Watak Berbeza, “Jauh Tersasau”