Muhammad Bilal merupakan anak pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail yang tidak terkecuali daripada sentiasa menjadi tumpuan peminat di media sosial.
Malah meskipun wajah Muhammad Bilal masih belum didedahkan kepada umum namun ramai dapat mengikuti perkembangannya serba sedikit dikongsikan di media sosial Neelofa mahupun Haris Ismail.
Walau bagaimanapun, wajah anak Neelofa yang ditutup oleh emoji telah mendapat pelbagai pandangan oleh netizen yang ada antaranya memahami keputusan diambil oleh pasangan selebriti terbabit.
Namun begitu, perkongsian oleh akaun atas nama kadgalericinta ini apabila menunjukkan nama Muhammad Bilal di atas papan hiasan ini membuatkan putera pasangan selebriti terbabit tidak semena-mena menjadi sebutan ramai.
Meskipun ada yang tertanya-tanya adakah nama Muhammad Bilal itu merupakan anak cahaya mata selebriti berkenaan, netizen bagaimanapun tampil dengan ratusan reaksi diruangan komen.
@kadgalericinta Siapa tuuuu #majlisaqiqah
Netizen bagaimanapun hadir dengan pelbagai reaksi selepas menonton video yang terpapar nama Muhammad Bilal tersebut yang mana turut tertulis Majlis Akikah dan Kesyukuran yang bakal diadakan pada Sabtu, 28 Mei nanti.
“Mungkin tu tarikh dia akan reveal muka Bilal”
“Anak Lofa kan, agaknya time ni kot dia akan tunjuk muka Bilal”
“Yeay dah boleh…”
“Mungkin majlis ni dia nak…”
Selain kisah tersebut yang mencuri tumpuan umum, ini juga antara kisah-kisah lain disediakan untuk anda seperti berikut:
Style Hanis Zalikha buatkan video diulang banyak kali, “Tak sangka tu Keknis…”
Ezzrin Loy kongsi video room tour- “Ni room tour ke house tour, bapak besau”
“Terkena 1997 sampai sekarang…”- Ustaz Kazim Elias buang ‘makeup’ di Meletop kongsi keadaan sebenar