Bagi sesetengah individu melancong atau sebagainya apabila menaiki bas mahupun kapal terbang pasti duduk di bahagian tingkap antara yang disukai ramai. Hal ini kerana, kita dapat melihat suasana luar yang jarang-jarang boleh dirasai.
Namun begitu, satu isu yang membabitkan individu yang suka-suka rampas tempat duduk di sebelah tingkap mengundang kemarahan ramai sehingga perkongsian oleh seorang wanita ini menarik perhatian warganet.
Ujarnya, individu yang rupanya sesuka hati rampas tempat duduk di tepi tingkap sememangnya wujud apabila dirinya juga mengalaminya, “Memula aku masuk tu seat aku dah ada orang duduk A9,” katanya lagi.
Melalui rakaman video penceritaannya ini, dia tentu sahaja tidak berpuas hati dengan individu yang merampas tempat duduknya kerana sudah membayarnya demi mendapatkan tempat duduk di tingkap.
Meskipun telah menegur individu yang selamba duduk di tempatnya ini, respon dia tidak hanya membuatkan pemilik akaun sahaja ‘panas’ malah warganet juga sama.
@yanalee270
Hal ini ternyata ramai mengalaminya apabila turut terjumpa dengan individu berperangai sedemikian malah ada yang berkata pernah dimarahi oleh seseorang yang sesuka hati mengambil tempat duduknya.
“Pernah kena, dia marahnya kita…”
“Dia tak tahu ke, nak pilih seat kita bayar weh”
“Dalam bas pun ada sis…”
“Jawab balik la, alah awak jela…”
Bukan hanya itu, ini juga antara kisah-kisah lain yang turut dikongsikan buat anda seperti berikut:
Ramai ‘mention’ Mamat lepas Wan Sharmila rakam video trend, “Bagus, xgelek2”
Tarikh majlis akikah nama Muhammad Bilal curi tumpuan ramai, “Anak Neelofa kan?”
Kereta Myvi versi Lego hangat jadi tumpuan, “Lego lagi mahal dari kereta”