Digelar sebagai raja buah, durian adalah antara yang mudah didapati di Malaysia. Terkenal kerana rasanya yang unik, buah durian menjadi kegemaran ramai bila tiba musimnya.
Selain itu, buah durian yang biasa kita jumpa mempunyai kulit tebal dengan duri di bahagian luarannya. Disebabkan itu ia dipanggil buah durian. Bagaimanapun, baru-baru ini rakaman buah durian tanpa duri telah mencuri tumpuan ramai.
Dalam rakaman yang disiarkan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun iplant.land ini, dipaparkan seorang lelaki sedang tunggu di bawah pokok durian. Seorang lagi memanjat dan memetik buah berkenaan.
Selamba menyambut buah durian unik itu, apabila dibelah ternyata isi dalamnya nampak sama seperti durian biasa. Berikut adalah perkongsian rakaman durian tanpa duri ini:
@iplant.land Durian tanpa DURI alias Durian Botak. #fruits #explore #travel #lifestyle #plantbased #farming #agriculture #farmlife #naturephotography #landwirtschaft #travelphotography #naturelovers #landscapephotography #farminglife #gardening #countryliving #agriculture_global #naturelover #agricultura #organic #garden #agriculturelife #agricultureworldwide #harvest #farm #nature #reelsinstagram #travelblogger #exploremore #travelgram
Uish memang unik ya buah begini! Tapi mungkinkah rasanya turut sama seperti buah durian biasa? Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 5.3 juta tontonan dan 173 ribu likes. Berikut antara reaksi ramai selepas menyaksikan perkongsian buah unik ini yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Durian tanpa duri: Hilang harga diri durian sebagai raja buah”
“Omg. Baru je firstime tengok ada kat wilayah mana ya?”
“Buah durian yang sudah banyak dikenal dengan orang asing. Buah dari Indonesia adalah buah durian yang mempunyai khas iaitu buah yang berduri”
“Kena tukar nama dah sebab tak ada duri”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Kongsi Cara Bila Dihubungi Scammer Di Telefon, “Idea Yang Bernas”
Ditanya Nama Penuh Siti Saleha, Lain Pula Jawapan Shukri, “Kelakar Khuzairi Ni”
Pemuda Miliki Kebun Sayur Ini Jadi Perhatian Dan Cetus Inspirasi Ramai!