Baru-baru ini, kehadiran Ustaz Kazim Elias di dalam rancangan Meletop menarik perhatian ramai dengan perkongsian tentang penyakit misteri yang dihidapinya. Pendakwah popular itu juga sempat berkongsikan keadaan terkininya dan menjelaskan apa yang terjadi padanya.
Tetapi apa yang menjadi bualan ramai di media sosial adalah tindakan Kak Lina yang sempat mengubah gaya bajunya semasa segmen Ustaz Kazim Elias . Malah rata-rata netizen turut memuji tindakan pengacara itu yang menghormati kehadiran pendakwah itu.
@mamalovefarr3
Menerusi video yang tular dikongsikan di Tik Tok ini, Kak Lina dilihat sempat mengubah gaya bajunya dengan menutup bahagian dada dengan selendang di tangannya. Tindakan itu dilakukan bagi menghormati kehadiran Ustaz Kazim Elias yang hadir di dalam segmen tersebut.
Manakala selepas segmen temu bual bersama pendakwah itu selesai, Kak Lina kembali menggayakan semula bajunya seperti biasa mengikut gaya asal. Melihatkan perbezaan kedua-dua gaya ini, rata-rata netizen turut memuji tindakan yang dilakukan pengacara itu.
Malah ramai yang menganggap ianya wajar dilakukan dan Kak Lina juga peka dengan situasi semasa mengacarakan rancangan tersebut bersama Nabil Ahmad. Di ruangan komen, netizen turut sama mendoakan yang terbaik untuk Kak Lina pada masa hadapan.
“Itu tanda hormat dia pada tetamu yang datang…”
“Ini yang kita panggil common sense.”
“Dia hormat ketika tu ada siaran langsung dengan ustaz kazim kan…”
“Sekurang-kurangnya dia pandai hormat ustaz tu.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
“Terkena 1997 sampai sekarang…”- Ustaz Kazim Elias buang ‘makeup’ di Meletop kongsi keadaan sebenar
Rakaman Lelaki Curi Kasut Tular, Tak Perasan CCTV Depan Muka
Ibu Tangmo Punca Gambar Tersebar, Mengaku Serahkan Telefon Pada Bang Jack