Kita semua tahu kereta perodua Myvi sering menjadi topik hangat di media sosial kerana kehebatannya yang tidak lagi menjadi rahsia apabila berada di atas jalan raya. Walau bagaimanapun, video kereta yang tular kali ini menyebabkan kereta comel Kelisa pula yang mencuri tumpuan umum.
Melalui perkongsian seorang individu yang berjaya merakam beberapa buah kereta ini menjadi bualan ramai apabila kereta Kelisa berada hanya sebelah-sebelah sahaja dengan Lamborghini.
Rasanya anda pasti masih ingat dengan kisah kereta Kelisa yang bukan calang-calang kereta dan perkara ini membuatkan netizen juga tidak hairan apabila kereta tersebut hanya berada di sebelah-sebelah sahaja Lamborghini yang diketahui ramai pula kereta mewah tersebut sangat popular kerana kelajuannya dan telah menjadi antara kereta berkuasa paling tinggi di dunia.
@akidazlee Lambogini ke tu? #lamborghini #avantador #fypシ #fypviral #fyp
Namun begitu, difahamkan terdapat juga kelibat kereta Myvi dibelakang dua buah kereta yang menjadi perbualan itu yang akhirnya membuatkan kereta popular digelar King of the Road tersebut juga mencuri tumpuan ramai.
“Kalau betul-betul Myvi sebelah tu dah memang epik momen dah dalam sejarah Myvi lagi”
“Dimana ada lumba, disitu ada Myvi”
“Salah satu legend on the road jangan dilawan”
“Starting Kelisa menang weh, menangggg”
Dalam pada itu, jangan anda lepaskan peluang untuk turut mengikuti kisah-kisah menarik lain yang disediakan seperti berikut untuk anda:
Video dengan Nadia Brian tular lagi, sekalinya Mamat tinggal komen- “Mulalah aku rasa…”
“Kirim kat ex”- Jual penampar premium di Shopee, viral pula di TikTok cetus ramai terhibur
Ramai ‘mention’ Mamat lepas Wan Sharmila rakam video trend, “Bagus, xgelek2”