Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pemilik akaun popular, MamatGotNoChill atau nama sebenarnya Firdaus Nahar yang membuatkan akaun miliknya selalu mendapat perhatian ramai selepas membuat content menegur pemilik akaun yang lain jika menghasilkan video trend dengan cara yang salah.
Pasti ramai masih ingat selepas berkali-kali MamatGotNoChill atau mesra dengan panggilan Mamat ini menegur video-video pelakon jelita, Nadia Brian yang akhirnya membuatkan mereka betul-betul bertemu.
Sehinggakan ramai seronok melihatkan gelagat mereka bersama dan tidak terlepas daripada menerima usikan daripada warganet.
Walau bagaimanapun, nampaknya gelagat mesra Nadia Brian bersama Mamat ini viral lagi mencuri tumpuan ramai apabila dikongsikan semula ini.
@faiztukirin lepas ni takde dah yg boleh cari salah orang🥹🥹 malas nak tag
Perkongsian yang dilakukan oleh Faiztukirin di aplikasi tersebut bagaimanapun mengundang perhatian ramai dengan hampir 100,000 tanda suka ditinggalkan warganet manakala reaksi yang ditinggalkan oleh Mamat di ruangan komen juga mendapat perhatian dengan pelbagai balasan peminatnya pula.
“Ingat kawan kawan. Usaha takkan khianati hasil”
“Mulalah aku rasa nak tegur artis lepas ni”
“Ayah kenal ibu kamu dulu dekat tiktok nak, ayah selalu tegur ibu kamu sebab step salah..”
“Oklah tu, Nadia single Mamat Single… mana tahu abang Mamat dapat bimbing Nadia kan, jodoh”
Dalam pada itu, jangan anda lepaskan peluang untuk turut mengikuti kisah-kisah menarik lain yang disediakan seperti berikut untuk anda:
“Hampir tak cam”- Video Sherry Alhadad ‘kejutkan’ peminat, disangka Janna Nick
“Benda boleh kecoh…”- Suka2 rampas tempat duduk sebelah tingkap dibidas ramai
Ramai ‘mention’ Mamat lepas Wan Sharmila rakam video trend, “Bagus, xgelek2”