Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
rider

Berkumpul Di Jalan ‘New Zealand’, Rider Tak Puas Hati Kena Hon Dikecam

Jannah by Jannah
4 weeks ago
in Media Sosial
Reading Time: 2 mins read

Ramai sedia maklum tindakan pemandu berhenti di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai dekat Seremban ini sangat berbahaya. Walaupun lebuhraya yang dipanggil sebagai ‘Jalan New Zealand’ ini terkenal dengan pemandangan indah, ianya boleh membahayakan pemandu lain.

Macam situasi yang dikongsikan seorang pemandu ini apabila sekumpulan rider dilihat berhenti di lorong kecemasan tersebut. Namun kereta miliknya ini hampir sahaja dihempuk oleh salah seorang rider itu gara-gara bengang pemandu membunyikan hon.

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemandu itu memberitahu pada ketika itu isterinya memandu kereta itu semasa mereka melalui ‘Jalan New Zealand’ ini. Mereka kemudiannya melihat sekumpulan rider yang sedang berhenti dan berkumpul di lorong kecemasan.

Namun salah seorang dari mereka berdiri terlalu hampir dengan laluan kereta malah melebihi garisan putih pada jalan. Melihatkan keadaannya ini, pemandu kemudian membunyikan hon untuk menegur lelaki itu yang di dalam kedudukan yang bahaya.

Tetapi lain pula reaksi yang diberikan rider itu apabila dia bertindak ingin menghempuk kereta tersebut dengan objek yang dipegangnya. Sedangkan pemandu kereta itu cuba untuk menyelamatkan rider itu dari situasi yang lebih bahaya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kecaman di atas tindakan rider tersebut. Malah ramai yang tidak berpuas hati melihat gelagat mereka yang suka berhenti di lorong kecemasan di situ yang boleh membahayakan pemandu lain.

“Dah kena langgar baru tahu.”

pemandu

“Memang menyusahkan dorang ni. Kita pulak kena berhati-hati bila lalu sini…”

jalan

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Aisar Khaled Buat ‘Content’ Tengah Jalan, Siap Kena Hon Dengan Kereta

Lelaki Curi Baju Dalam Jiran Wanita, Tak Sedar Ada CCTV Tengah Rakam

Penumpang Bas Tergamam Wanita Maki Hamun Anak Sampai Kena Tegur

Sumberfacebook

Trending

Redza (6)
Hiburan

Penonton terlalu suka ‘ending’ Bisik-Bisik Gelora, “Mcm ni baru realiti life”

2 days ago
Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

3 days ago
senario beach boy lokasi
Hiburan

Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Resort Terbengkalai Akhirnya

2 days ago
Anna jobling
Lawak

Tular Meerqeen merajuk dengan Anna Jobling gara2 ‘live’ sama Idris Khan, “Halah comey”

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia