Membeli secara online sememangnya menjadi antara cara yang paling mudah dan menjimatkan masa buat sesiapa sahaja. Tinggal mencari barang, bayar secara online dan menunggu barang sampai didepan pintu rumah.
Cara inilah yang semakin popular sehingga apa sahaja yang boleh mencetuskan pendapatan, tentu dijual. Walau bagaimanapun jika ingin membeli sesuatu, kita sering dinasihatkan jangan main beli sahaja sesuka hati tanpa membaca maklumat lengkap disediakan oleh seller.
Ini kerana bagi mengelak kita sendiri tersalah faham dengan barang dijual oleh seller kerana isu membeli barang yang dapatnya lain juga antara topik yang sering hangat dibicarakan ramai.
Namun begitu, kebanyakannya tidak perasan sama ada barang yang ingin dibeli itu sama ada yang betul atau mainan sahaja. Nampaknya, gara-gara isu seperti itu menyebabkan penjual ini dilihat mengamuk selepas barangnya ditinggalkan komen, “Barang tak ori,” beserta menerima rating satu sahaja.
@lawak.biasaje0
Komen ‘Barang tak Ori’ daripada pembeli tersebut mencetuskan ramai gelak besar membacakan balasan daripada penjual yang mungkin agak geram dengan review yang ditinggalkan itu selain mendapat pelbagai reaksi pula daripada warganet tentang isu tersebut.
“Setepek”
“Hahaha ini kelakar”
“Mengah aku ketawa”
“Gelap dunia kena bambu dengan seller”
Nanti dulu, anda juga tentu tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Video Zaki Azeman & isteri tular, “Jenis gelak lempang orang sebelah”
Selipar Jaa Suzuran betul2 terbang lepas lagi dipanggil President Single
Scammer wanita ‘koyak’ hadap pakcik ini, netizen puas hati- “Yeay lelaki menang”