Sejak beberapa hari lalu tular dengan perkongsian foto keadaan rumah pangsa yang diubah suai tidak mengikut undang-undang disediakan majlis tempatan. Orang kata rumah flat tapi selera banglo.
Bukan satu dua rumah ada membuat pengubahsuaian tambahan pelbagai saiz ini, banyak juga kediaman yang berbuat demikian. Malah disebabkan tular kes sebegini, ada satu rakaman yang paparkan ruang tambahan ubahsuaian rumah yang dirobohkan oleh penguatkuasa.
Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang dikongsikan mengenai isu tersebut telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu seorang pengguna TikTok ‘kantoikan’ pemilik rumah ubahsuai haram hanya guna Google Maps.
Berikut adalah rakaman kantoikan pemilik rumah ubahsuai haram guna Google Maps ini:
@naeldaily Reply to @azwienordina51 kalau mcm ni? #musimviral #googlestreetview
Malah ini lagi satu perkongsian oleh individu sama:
@naeldaily
Hanya guna teknologi macam ini pun dah boleh lihat rumah mana yang buat ubahsuai keterlaluan sebegini. Apa-apa pun memang terbaiklah! Perkongsian rakaman ini telah meraih perhatian warganet. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Bila umah bawah naik..Umah atas pun ikut. Last2 sampai ke atas. Kena ada report baru majlis buat keje. Kelau tak de dia buat pemantauan jer”
“Setakat soyok mungkin ada timbang rasa..Kalau tambah bangunan ni yang pelik”
“Kemain lagi renovation pakej parking pun jadi hak dia hebat”
“Ahaha buat lagi bagi viral senang majlis buat kerja”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Pemain Bola Sepak Tersasul Nama Pihak Lawan, “Santai Betul Dia Ni”
Ajar Gaya Anuar Zain Nyanyi, Pemuda Ini Raih Perhatian Ramai!
Lelaki Tiru Suara Pelbagai Karakter Kartun, “Upah Dia Sorang Je Jimat Semua”