Pasangan selebriti popular, Harris Alif dan Intan Ladyana sangat disukai oleh peminat sejak awal diumumkan kepada ramai tentang hubungan mereka yang lalu disatukan sebagai pasangan suami dan isteri. Sekadar info, Harris Alif dan Intan Ladyana berkahwin pada 5 Februari tahun lalu.
Namun begitu, pasangan sama cantik sama padan ini semakin bahagia apabila dikurniakan seorang cahaya mata pertama pada 31 Januari lalu dan selepas beberapa bulan setelah itu, Harris Alif dan Intan Ladyana ada berkongsikan foto mereka bersama.
Baru-baru ini pula, ramai begitu seronok kerana dapat melihat wajah anak Intan Ladyana yang mana satu rakaman video mencetuskan cahaya mata perempuan mereka yang diberi nama, Evie Khadeeja ini mencuri tumpuan ramai.
Melihatkan wajah anak Intan Ladyana dalam video tersebut bagaimanapun membuatkan ada yang memuji kecomelannya yang mana seperti baby Korea apatah lagi dengan wajah comelnya dan kulit begitu putih.
Dalam pada itu, ruangan komen di posting pasangan tersebut berkongsikan momen anak mereka itu, peminat telah menghujani dengan pelbagai reaksi yang memuji kecomelan anak pasangan selebriti popular itu.
“Anak Korea mana ni? Comelnya, alolo”
“Sebijik muka daddy ni”
“Perfect nya muka comel naw”
“Comel betul hidung terletak, putih pula kulit”
Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Netizen terpukau Zahirah Macwilson cakap Inggeris, “Wow kelass…”
Suara Raysha Rizrose bikin netizen terpukau, “Tak sangka sedap suara…”
Pemilik suara Kak Ros pula curi tumpuan ramai, “Macam garang juga…”