Setiap kali menghadiri majlis perkahwinan rakan atau saudara mara, kita pastinya akan memberikan hadiah yang boleh membantu meringankan beban pengantin. Kebiasaannya ramai yang akan menghadiahkan peralatan barang rumah untuk pengantin memulakan kehidupan baru mereka bersama.
Namun baru-baru ini, tular di media sosial apabila sekumpulan lelaki memberikan hadiah yang tidak senonoh kepada pasangan pengantin ini. Malah tindakan mereka ini turut menerima kecaman ramai kerana telah memalukan pengantin yang terpaksa menahan malu di atas pelamin.
Kesian nampak sangat pengantin perempuan tu tak selesa kat atas pelamin dengan orang bagi hadiah bukan-bukan. Kalau salah sorang ni bf korang, sila minta putus, cari jantan lain, jantan dlm video ni semua x guna pic.twitter.com/L16klURxJq
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) June 18, 2022
Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan rakan-rakan kepada pengantin lelaki yang beratur untuk memberikan hadiah mereka. Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah masing-masing memberikan hadiah tidak senonoh seperti kondom kepada pengantin lelaki.
Dalam masa yang sama, pengantin perempuan juga kelihatan tidak selesa di atas pelamin walaupun dia kekal tersenyum melihat gelagat mereka ini. Bukan sahaja pengantin perempuan malah pengantin lelaki juga turut menahan malu sehingga merah mukanya semasa menerima hadiah diberikan.
Kebanyakan netizen turut mengecam tindakan pemuda-pemuda ini yang telah memalukan pasangan pengantin ini pada majlis perkahwinan mereka itu. Malah ada yang menganggap tindakan mereka ini seperti kebudak-budakan dan tidak matang gara-gara memilih hadiah seperti itu untuk pengantin.
“Lain kali jangan jemput sampah-sampah gini datang, buat malu je. Kesian pulak tengok pengantin perempuan.”
“Tu kondom ke? Betul lah kawan dia ni benak. Orang dah kahwin bagi kondom kenapa…”
“Nak bergurau, bukan dengan cara begini…”
“Pengantin perempuan terlalu malu. Kalau aku memang dah makan maki…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Terkenal Dengan ‘Content’ Zaman 90an, Kisah Inspirasi Ryan Bakery Jadi Tumpuan
Sengaja Jalan Perlahan, Dua Gadis ‘Ajar’ Penunggang Motor Dekat Laluan Pejalan Kaki
Hanya Kerana Muatnaik Video Dengan Kembar, Akaun Imran Bard Kena ‘Banned’