Bagi mereka yang di dalam kesedihan, pastinya bukan senang untuk menahan diri daripada menangis apabila mendengarkan lagu-lagu sedih. Sama macam gelagat seorang lelaki ini yang menjadi bahan bualan di media sosial apabila dia terlalu menjiwai lagu yang dinyanyikan oleh Fiq Mentor ini.
Kejadian itu berlaku di dalam sebuah karnival yang berlangsung baru-baru ini di mana lelaki itu mencuri perhatian ramai dengan gelagatnya ini. Bukan sahaja terlalu menghayati lagu yang dinyanyikan malah dia juga sampaikan terpaksa dipapah orang lain untuk membawanya pergi.
@kopixsusu Sandakan keras boss mental mu ndk kuat auto nangis🤭#viral #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #sadd
Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan penyanyi yang terkenal dari sebuah rancangan Mentor iaitu Fiq yang sedang menyanyikan sebuah lagu. Dalam masa yang sama, seorang lelaki dilihat begitu menghayati lagu yang dinyanyikan itu sehinggakan memeluk penyanyi tersebut.
Dia kemudiannya rebah di lantai dan terpaksa dipapah oleh dua pengunjung lain yang berada di situ untuk membawanya pergi. Tidak cukup dengan itu, dia juga dilihat seperti sedang menangis dan terlalu sedih mendengar nyanyian dari penyanyi itu.
Pada penghujung video, lelaki itu kemudiannya rebah ke lantai seakan-akan sedang berlutut menanggung kesedihannya. Walaupun tidak dapat dipastikan apa yang berlaku pada lelaki itu, netizen turut sama memahami keadaan lelaki itu yang mungkin sedang mengalami fasa putus cinta atau masalah lain.
“Terlampau sedih dia ni.”
“Minat sangat kot dengan penyanyi tu. Kebetulan nyanyi lagu yang dia minat atau ada kenangan, jadi dia terharu.”
“Mesti ada kisah di sebalik lagu tu, sabar lah bro.”
“Mungkin lagu tu ada kaitan dengan cerita cintanya.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Netizen Terhibur Sekumpulan Gadis Menjerit Sambil Berpelukan Elak Dikejar Anjing
Tindakan Remaja Matikan Eskalator Di Stesen LRT Undang Kemarahan Ramai
Cuba Raba Paha, Gadis Berjaya Rakam Aksi Lelaki Gatal Dalam Tren