Kecoh di media sosial semalam apabila rakaman pengamal media dan peguam bela untuk kes Samirah Muzaffar dilihat berselisih faham di perkarangan mahkamah. Video yang tular itu menjadi bahan bualan ramai apabila seorang pengamal media bertindak mengetuk kepala peguam tersebut dengan kamera yang dibawanya.
Semalam keputusan mahkamah melibatkan kes pertuduhan Samirah Muzaffar dan dua lagi remaja terhadap dakwaan membunuh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan telah diumumkan. Mahkamah menetapkan kesemua mereka dibebaskan selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie di akhir kes pendakwaan.
@utusanonline Pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam kecoh apabila pasukan peguam bela yang mewakili balu Allahyarham Nazrin Hasan, Samirah Muzzafar berselisih faham dengan petugas media awal pagi ini.
Semasa pengamal media cuba mengambil gambar Samirah Muzaffar yang hadir bersama-sama pasukan peguam belanya itu, telah berlakunya perselisihan faham di antara mereka. Salah seorang dari peguam dilihat menjerit dan meminta pengamal media memberikan laluan kerana mereka telah menghalang jalan.
Malah peguam itu juga sempat menolak beberapa pengamal media yang menyukarkan mereka untuk berjalan ke lokasi yang dituju. Tindakannya itu kemudian membangkitkan kemarahan beberapa pengamal media yang dilihat tidak berpuas hati dengannya.
Lebih mengejutkan ramai, salah seorang dari pengamal media itu kemudian bertindak menghempuk kamera yang dibawanya pada kepala peguam tersebut. Malah turut kedengaran bunyi hempukan yang agak kuat di mana peguam itu kemudian memegang kepalanya selepas itu.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terkejut melihat kejadian yang berlaku ini. Dalam masa yang sama, ada juga yang mengkritik tindakan pengamal media yang tidak memberikan laluan dalam situasi seperti ini.
“Team media ni memang selalu buat provoke, tak bagi laluan kepada okt dan peguam…”
“Ye tahu kerja media tapi janganlah macam tu sekali…”
“Apa hal lawyer tu g ketuk kamera member tu memang panas lah benda bukan mur2…”
“Ramai orang dah mulai hilang sifat sabar.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Lelaki Terlalu ‘Feel’ Dengar Nyanyian Fiq Mentor Sampai Terpaksa Dipapah
Tindakan Remaja Matikan Eskalator Di Stesen LRT Undang Kemarahan Ramai
Cuba Raba Paha, Gadis Berjaya Rakam Aksi Lelaki Gatal Dalam Tren