Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
rider

Kononnya Menjual Kuih, Rider Meronda Kawasan Rumah Curi ‘Parcel’

Jannah by Jannah
4 days ago
in Media Sosial
Reading Time: 2 mins read

Walaupun membeli secara atas talian lebih mudah namun ada kalanya ia tidak selamat untuk pengguna dalam situasi tertentu. Terutamanya isu kehilangan atau kecurian parcel yang menjadi antara mimpi ngeri orang ramai sewaktu menunggu barang yang dibeli sampai.

Macam baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang rider yang kononnya menjual kuih namun akhirnya kantoi mencuri parcel di sebuah kawasan perumahan. Rakaman CCTV yang dikongsikan oleh pemilik rumah juga tular dikongsikan dan menerima kecaman dari netizen.

@infokepalabatas_official

-K.E.S.C.U.R.I-Zaman sekarang ni mudah sangat nak buat duit kan..Kes beberapa hari lepas.. berlaku di salah satu taman di Kepala Batas..Dia buat2 ronda taman, singgah di salah satu rumah jiran, buat2 nak jual kuih.. lepas tu dia ronda satu taman.. tgk ada parcel atas gate, dia rembat parcel tu 🧐Dik oii.. Taman ni keliling ada CCTV dik.. nak lari mana?Buat Delivery Rider ni.. No plate dah dapat.. detail semua dah ada..Muda lagi hang ni dik.. nak report pun kesian kat hang..Rugi ja masa

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video berkongsikan rakaman CCTV di mana kelihatan seorang rider yang sedang meronda di dalam kawasan perumahan itu. Menurutnya, rider itu berpura-pura kononnya dia menjual kuih dan sedang menghantar pesanan kepada pelanggan.

Namun dia kemudiannya berhenti di salah sebuah rumah dan mengambil parcel yang ditinggalkan di atas tembok. Lelaki itu dipercayai menggunakan trick menjual kuih di kawasan tersebut sebelum dia kemudiannya mengambil parcel yang tidak sempat diambil oleh pemilik rumah.

rider

Penyamaran yang dilakukan oleh lelaki itu juga dilihat begitu menyakinkan apabila dia turut membawa beg meletak barang yang selalu digunakan para rider. Pihak polis turut mengesahkan kejadian yang berlaku di Bertam Putra itu namun tiada laporan polis yang dilaporkan.

Menurut pemilik video, dia sudah menerima nombor plat motorsikal tersebut dan memintanya memulangkan semula parcel tersebut dengan baik. Video yang tular ini turut menerima kecaman dari netizen yang menganggap tindakannya ini telah mencemarkan imej para rider yang lain.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Mat Salleh Kuasai Banyak Bahasa Terkedu Bila Jumpa Mek Kelate

Netizen Puji Rakan Pengantin Bagi Barang Keperluan Rumah Sebagai Hadiah

Risau Sportrim Tercalar, Lelaki Tinggal Nota Rela Bayar Saman Dari Kereta Kena ‘Clamp’

Sumbertik tokkosmo

Trending

Redza (6)
Hiburan

Penonton terlalu suka ‘ending’ Bisik-Bisik Gelora, “Mcm ni baru realiti life”

2 days ago
Fattah
Hiburan

‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai

3 days ago
senario beach boy lokasi
Hiburan

Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Resort Terbengkalai Akhirnya

2 days ago
Anna jobling
Lawak

Tular Meerqeen merajuk dengan Anna Jobling gara2 ‘live’ sama Idris Khan, “Halah comey”

3 days ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia