Sebelum ini pernah kecoh di media sosial rakaman sekumpulan pemuda yang memberikan hadiah tidak senonoh semasa menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka. Sampaikan ianya mencetuskan rasa kurang senang netizen di mana ramai menganggap ia adalah tindakan yang memalukan.
Namun berbeza pula dengan perkongsian yang turut meraih perhatian ramai apabila sekumpulan pemuda ini memilih untuk menghadiahkan sesuatu yang bermakna pada rakan mereka. Malah rata-rata netizen turut memberikan pujian kepada sekumpulan lelaki ini.
@nzrnahmd_
Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan sekumpulan pemuda yang menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka ini. Dalam masa yang sama, masing-masing dilihat membawa hadiah untuk diberikan kepada pasangan pengantin itu.
Apa yang menariknya, mereka hadir membawa barang keperluan rumah seperti gula, garam, bawang malah ada juga yang memberikan bantal. Kesemua hadiah yang dibawa ini kemudiannya diserahkan kepada pengantin yang sedang duduk di atas pelamin itu.
Video yang tular ini turut menerima reaksi positif dari netizen ditambah pula dengan reaksi gembira dari pasangan pengantin itu. Ada juga yang menganggap hadiah seperti ini adalah jauh lebih baik kerana dapat membantu meringankan beban pengantin untuk memulakan hidup baru bersama.
“Hadiah-hadiah macam ni lagi membantu dan bermanfaat…”
“Ini baru betul kawan. Kalau yang macam lagi satu tu hmm layak halau dari majlis.”
“Much more better dari bagi benda bukan bukan.”
“Kat sini kita boleh tengok ye kawan kawan dia ni kawan yang bagus. Kalau macam ni, bini pun tak marah nak bagi lepak…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Beri Hadiah Tak Senonoh, Gelagat Rakan-Rakan Pengantin Dikecam
Risau Sportrim Tercalar, Lelaki Tinggal Nota Rela Bayar Saman Dari Kereta Kena ‘Clamp’
Isu Berselisih Faham, Pengamal Media Ketuk Kepala Peguam Dengan Kamera