Sejak akhir-akhir ini nama Raysha Rizrose menjadi perhatian ramai gara-gara drama lakonannya dalam Bisik-Bisik Gelora. Dalam drama ini Raysha Rizrose memegang watak sebagai Arumi dan lakonannya cukup memberi kesan kepada ramai.
Heronya pula adalah Redza Rosli dan lakonan mereka nampak sangat serasi. Bagaimanapun, baru-baru ini satu perkongsian video yang memaparkan ‘Arumi’ nyanyi lagu popular telah mencuri perhatian ramai.
Dalam perkongsian itu Raysha Rizrose menyanyikan semula lagu dari penyanyi asal, Andmesh berjudul Cinta Luar Biasa. Mungkin ada yang sudah tahu Raysha sememangnya selebriti berbakat dan suaranya menyanyi cukup merdu.
Namun ramai juga yang baru tahu rupanya Raysha boleh menyanyi menerusi perkongsian video tersebut. Berikut adalah perkongsian video Raysha Rizrose nyanyi lagu popular yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok:
@dunia_pentas_drama #bisikbisikgelora arumiiii😍
Pergh, layan habis suara Raysha Rizrose nyanyi lagu popular ini! Perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 341 ribu tontonan dan 25 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Boleh la gandingkan Raysha ni dengan Iman Troye..Mesti macam adik beradik”
“Sedap nya suara dia”
“Gandingan watak Jad dan Arumi awesome. Dia orang sesuai berlakon bersama”
“Ya Allah tengok Arumi je jantung dup dap dup dap”
“Macam penyanyi Indonesia..Kalau buat album laku ni”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Khairul Aming Bawa Pekerjanya Berjalan, “Patutlah Rezeki Luas Mencurah”
Wanita Cabut Palang Parking Jadi Perhatian Ramai, “Kita Berbaik Sangka…”
Rakam Pak Cik Bersenam Lain Macam Caranya, “Jaga2 Mereka Semua Family Kung-Fu Hustle”