Nampaknya drama trending terbaharu berjudul, Melur Untuk Firdaus semakin mencetuskan ramai ’emosi’ dengan konflik dialami oleh empat watak iaitu Firdaus lakonan Meerqeen dan Melur dibintangi oleh Anna Jobling manakala Dee dilakonkan oleh Neesa Idrus dan Fimie Don sebagai Haris.
Keempat watak tersebut sememangnya memainkan peranan tersendiri iaitu perkahwinan Firdaus dan Melur diuji dengan kesetiaan Firdaus terhadap kekasihnya, Dee namun dalam pada masa sama merasa cemburu dengan kawan baik Melur iaitu Haris.
Haris iaitu kawan baik Melur merupakan insan yang sentiasa ada buatnya dan menyebabkan ramai menyukai watak dilakonkan oleh Fimie Don itu.
Jadi melihatkan satu rakaman terbaharu yang tular memaparkan Melur dan Haris memakai baju sedondon mencetuskan penonton tertanya-tanya sama ada adakah pengakhirannya mereka bersatu atau sebaliknya.
@afqniall Eh melur beli baju apa tu haa 🫠#fyp #foryoupage #meluruntukfirdaus
Rakaman video yang dikongsikan oleh @afqniall tersebut dengan kapsyen, “Eh Melur beli baju apa tu haa,” berserta rakaman pendek memaparkan gelagat watak Melur dan Haris memakai baju sedondon itu mencetuskan ruangan komen dihujani pelbagai persoalan.
“Oh noo. That what I need…”
“Ehh aikkk”
“Haris sama Melur, haha viral la citer ni kalau ending macam ni”
“Akhirnya Melur Untuk Haris”
Untuk info, drama Melur Untuk Firdaus ini merupakan drama arahan Zamri Zakaria dan ditayangkan di slot Lestary, TV3.
Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
“Dee ni pandai…”- Babak ‘terkantoi’ Melur Untuk Firdaus cetus bualan ramai
“Kacak ada, tinggi, ada agama pulak…”- Nabil puji Syihan Hazmi di Meletop