Gandingan dua pelakon dan pelawak, Shuib dan Jep Sepahtu sentiasa memberikan yang terbaik untuk menghiburkan penonton. Kedua-dua lelaki ini sememangnya berbakat besar dalam menghiburkan orang ramai.
Masing-masing memiliki kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Bila bergabung memang tak kering gusi dibuatnya! Baru-baru ini satu perkongsian rakaman dengan paparan lakonan di pentas Shuib bersama Jep telah mencuri perhatian warganet.
Menerusi perkongsian itu kelihatan kedua-duanya sedang asyik membawakan karakter masing-masing. Namun begitu, memang tidak sah kalau Jep bertemu Shuib dan ketawa terbahak. Kedua-duanya memang cukup serasi dan menghiburkan!
Berikut adalah perkongsian rakaman yang memaparkan lawak Shuib dan Jep yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mattbereh:
@mattbereh Aku takbyor kau tau..udah udah la tuu😂😂☑️#foryou #shuibsepahtu #jepsepahtu #fypシ #mattrandom🤪 #lawakmalaysia #metoosmile #xyzbca #TakeBestShot
Ada sahaja idea lawak Shuib dan Jep ini yang membuatkan ramai terhibur! Perkongsian rakaman lakonan mereka berdua ini telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 37 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Bila Shuib nak joined balik..Best sangat kalau ada Shuib joined sekali”
“Shuib jer boleh buat Jep gelak sakan camni”
“Rindunya nak tengok lawak diorang..Buat lawak cam bukan lakonan. Macam betul2 dia buat kat rumah”
“Jep memang tak tahan dengan lawak Shuib”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Raysha Rizrose Nyanyi Lagu Popular, “Kalau Buat Album Laku Ni”
Penampilan Puteri Balqis Untuk Karakter Lakonan, “Muka Macam Aedy Ashraf Versi Girl”
Pelakon Kanak-Kanak Ini Dikatakan Seiras Amir Raja Lawak, “Ni Betul2 Lawak”