Macam yang semua tahu, sebelum ini Amber Heard telah kalah di dalam kes saman terhadap bekas suaminya iaitu Johnny Depp. Bukan itu saja, pelakon wanita itu juga diminta untuk membayar sebanyak $8.3 juta berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.
Susulan daripada itu, Amber dilihat menjalani kehidupan sederhana memandangkan dia dikatakan tidak mampu untuk membayar jumlah yang diminta itu. Yang terbaru, rakaman dan foto pelakon itu membeli belah di sebuah gedung pakaian murah menjadi bualan hangat di media sosial.
Di dalam rakaman tersebut, Amber dilihat bersama-sama adiknya Whitney Henriquez berkunjung ke TJ Maxx iaitu kedai yang menjual barangan dengan harga yang murah dan diskaun tinggi. Kemunculan pelakon itu turut mencuri perhatian ramai di mana ramai yang menyangka dia berjimat cermat selepas kalah dalam kes saman tersebut.
@jldmorris SPOTTED! Amber Heard Shopping at TJ Maxx after Johnny Depp Trial #AmberHeard #JohnnyDepp #FYP #ForYouPage #Viral [email protected]
Malah Amber juga dilihat memborong begitu banyak pakaian untuk dibeli dan dimasukkan ke dalam troli yang ditolaknya itu. Namun ada juga yang menganggap itu semua hanyalah satu lakonan semata-mata di mana Amber cuba meraih simpati dari orang ramai selepas apa yang berlaku.
Ramai juga yang percaya ini salah satu taktik yang dilakukan oleh Amber yang begitu licik ingin membersihkan nama dan imejnya yang tercalar itu. Tambahan pula, sebelum ini Amber pernah memberitahu yang dia tidak mampu untuk membayar saman sebanyak RM36 juta kepada Johnny Depp.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Kalah Kes Saman Johnny Depp, Amber Heard Enggan Bayar Ganti Rugi
Cara Pak Cik ‘Menegur’ Budak-Budak Main Di Surau Cetus Kemarahan Ramai