Bagi yang mengikuti perjalanan Fattah Amin, seperti anak seni yang lain suami kepada pelakon, Fazura ini juga tidak mudah. Walau bagaimanapun, sejak kelmarin nama Fattah Amin berjaya membuatkan peminatnya bangga melihatkan wataknya sebagai Awang yang dipuji apabila dijayakan dengan baik olehnya dalam filem terbaru berjudul Mat Kilau.
Baru-baru ini, Fattah Amin juga mencuri tumpuan ramai apabila dia memperkenalkan wataknya sebagai Awang itu. Namun begitu, bermula 23 Jun ditayangkan nampaknya watak dilakonkan oleh Fattah Amin itu cukup meninggalkan kesan kepada penonton.
Untuk info, Mat Kilau adalah sebuah filem biograpfi epik sejarah Malaysia dan merupakan arahan daripada pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof.
Selain Fattah Amin, beberapa pelakon hebat lain juga menjadi bualan ramai di media sosial dan dipuji apabila kesemua memainkan peranan masing-masing dengan sangat baik.
Menjengah ke komen-komen yang ditinggalkan peminat buat Fattah Amin bagaimanapun ramai nampaknya suka melihatkan aksinya dalam filem Mat Kilau itu dan memuji lakonannya semakin baik.
“Best lah watak Awang tu…”
“Harus tonton watak Fattah sebagai Awang memang lain dari yang lain…”
“Sumpah tak rugi, lakonan Fattah kalini lain dari lain. Power”
“Watak dia jadi terbaik boss memang gempak’
Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
‘Posting’ Fattah Amin buat Syamsul Yusof & pelakon2 Mat Kilau tarik perhatian ramai
“Rating 100/10”- Warga Tiktok puji filem Mat Kilau, video2 curi tumpuan ramai
Tular Meerqeen merajuk dengan Anna Jobling gara2 ‘live’ sama Idris Khan, “Halah comey”