Pasangan dalam drama yang membintangi watak hero dan heroin sebagai Melur dan Firdaus lakonan dua pelakon baharu iaitu Meerqeen dan Anna Jobling nampaknya hangat menjadi perhatian dan perbualan ramai dengan keserasian mereka.
Sehingga di media sosial, kedua-dua bintang yang pernah terlibat dalam Hero Remaja dan Dewi Remaja itu membanjiri ruangan dengan pelbagai gelagat mereka bersama yang membuatkan ramai suka melihatkan kemesraan mereka juga diluar drama trending tersebut.
Walau bagaimanapun, terbaharu pula Meerqeen didakwa telah merajuk dengan Anna Jobling disebabkan dia yang dilihat membuat live bersama pelakon, Idris Khan di Instagram.
@malaydrama Oh nampaknya @meerqeen merajuk dengan @annajobling 😆 #fyp #foryou
Meskipun begitu, video kedua-dua pelakon utama Melur Untuk Firdaus itu dilihat membuat live bersama pula dan menarik perhatian ribuan peminat yang dalam pada masa sama, sempat pula mereka berbicara tentang topik tersebut.
@imyourdar @meerqeen ngambek ceunah gara gara semalem @annajobling live with someone else 🤣#meluruntukfirdaus #meerqeen #firdaus #melur #annajobling #anna #xyzbca #fypシ #fyp #foryoupage
Gelagat Idris Khan dan Anna Jobling bagaimanapun mencetuskan ramai tertarik dengan kedua-dua pelakon tersebut dan mengharapkan agar mereka juga diberi peluang berlakon bersama dalam drama baharu yang mana ada mengatakan mereka turut sesuai jika digandingkan.
“Even cuma gurau-gurau pun, tapi cute ahh”
“Meerqeen rasa tercabar la tu”
“Aku harap next ada drama Anna dengan Idris, nampak macam sesuai”
“Ha sudah cerita takde minggu ni hahaha”
Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Anak perempuan Aaron Aziz disakat peminat, “Siapa berani jadi menantu Malik”
“Terlalu baik”- Benar2 menyerah lepas kena tinggal, Iman Troye ‘move on’ terima komen2 ramai
Aafiyah pimpin tangan dan bergurau dengan Neelofa, “Nak kahwin ke…”