Sebelum ini pernah menjadi bualan hangat dengan babak-babak dalam drama yang mempromosikan sesuatu produk dengan cara keterlaluan. Bila ada segmen sebegini, ada para pelakon yang diminta untuk menceritakan mengenai sesuatu produk dengan secara terlalu menjual.
Produk diselitkan dalam drama ini dipanggil product placement dan bukan sahaja di Malaysia menggunakan kaedah promosi tersebut, malah dalam industri drama dan filem luar negara juga banyak melakukannya. Terutama sekali dalam drama Korea. Tapi cara yang digunakan nampak sangat bersahaja.
Biarpun begitu, baru-baru ini paparan babak promo produk dalam drama terbaharu telah menerima pujian penonton. Drama tersebut adalah She Was Pretty versi Malaysia yang diadaptasi dari judul yang sama dalam bahasa Korea.
Rakaman babak promo produk dalam drama She Was Pretty Malaysia yang dipuji ini adalah seperti berikut:
@mayadeens #shewasprettymalaysia #viuoriginal #viumalaysia #kdrama
♬ Heartwarming weakness system “3 minutes cooking song”(941517) – ラフティープロダクション
Dalam video dari rakaman drama tersebut, jelas kelihatan produk yang mahu dipromosikan adalah dari jenama syampu. Kaedah product placement dalam drama ini dipuji kerana tidak keterlaluan dan sangat bersahaja.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini seperti berikut:
“Yusry pengarahnya gais. Dia telah buktikan dirinya banyak kali. Secara jujur kita patut agak semua ni”
“Kalau tak pakai lotion pun nak cakap bahan apa dalam tu. Aigoo”
“Ni barulah product placement yang nice..Bukannya angkat produk, pandang kamera pastu menceceh pasal produk tu dari A-Z”
“Pengarah dia buat homework dulu.. Tak pasal2 nanti kena komplen promo produk macam apa. Tak smooth macam kdrama”
“Baru tak rasa cringed. Tak de dah nak terangkan apa content yang ada dalam syampu tu”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Pernah Jadi Lokasi Penggambaran Filem Senario, Keadaan Resort Terbengkalai Akhirnya
Di Sebalik Tabir Pembikinan Filem Mat Kilau, “..Sambutan Luar Biasa..”
Pernah Popular Sebagai Pelakon Cilik, Video Terkini Rykarl Bersiap Segak Raih Tumpuan!