Kecoh di media sosial sebelum ini berita tentang kisah penceraian pelakon veteran Mak Wan Latah yang hanya bertahan selama tiga bulan sahaja. Sehinggakan pelbagai spekulasi yang timbul memburukkan nama pelakon veteran itu namun ianya ditepis oleh pengurus peribadinya sendiri.
Baru-baru ini pula, wanita yang dikenali sebagai bekas pengurus peribadi kepada pelakon itu telah tampil membongkarkan beberapa video mengenai Mak Wan Latah. Menurutnya, dia kini mahu mendedahkan perangai sebenar pelakon itu yang telah lama disimpannya.
@official_amell77 Balas kepada @miszoktober xduduk tempat aku then xkene ape aku dh terkena , better tutup mulut tu ☺️ #pelakonveteranmelayu #makwanlatah #playvictim😈
Menerusi akaun peribadi di Tik Tok, bekas pengurus peribadi pelakon itu ada berkongsikan beberapa video Mak Wan Latah yang mengejutkan ramai netizen. Berdasarkan temu bual bersama sebuah portal, wanita itu mendakwa dia telah menjadi mangsa perbuatan pelakon itu.
Menurutnya, dia kini membongkarkan video-video yang disimpannya selama ini supaya tiada lagi yang akan menjadi mangsa kepada pelakon tersebut. Tambahnya, selama ini dia banyak berdiam diri kerana menganggap pelakon veteran itu seperti ibunya sendiri.
“Selama ni saya banyak simpan rahsia dia, walaupun pernah dimaki hamun di set penggambaran.”
@official_amell77 Balas kepada @acik.moy ni ayat dlm al-quran la ? Oh muka surat berapa ? Explain mai kt aku sat blh ?
Bukan hanya mendedahkan video di akaunnya, bekas pengurus peribadi itu juga telah melakukan satu laporan polis berhubung dakwaan pelakon itu yang membawa lari duitnya. Malah dia juga memberitahu akan membuat satu lagi laporan polis mengenai kehilangan barang kemas miliknya itu.
Setakat ini, pendedahan di Tik Tok itu telah menerima lebih empat juta tontonan sebaik sahaja ianya dikongsikan. Kebanyakan netizen turut sama terkejut dengan pendedahan tersebut dan berharap pelakon veteran itu dapat tampil memberikan penjelasan.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Anak Sulung Alami ‘Mild Autism’ Tercampak Adik Ke Lantai, “Pengajaran Bagi Kami…”
Wanita Jepun Menangis Dapat Makan Durian Selepas Tiga Tahun Pandemik
Enam Bulan Menghilang, Isteri Jumpa Suami Dengan Perempuan Lain Di Airport