Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
pelajar memandu

Cikgu Memandu Pergi Tandas, Pelajar Tertekan Pedal Minyak Sampai Termasuk Longkang

Jannah by Jannah
3 weeks ago
in Media Sosial
Reading Time: 2 mins read

Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman memandu, pastinya bukan mudah untuk mempunyai keyakinan tinggi untuk belajar memandu dengan selamat. Ditambah pula dengan perasaan gemuruh dan panik, sesiapa sahaja pasti akan melakukan kesilapan semasa belajar di sekolah memandu.

@irfnhkim9

Lain kali cikgu2 jangan bagi student bawak sendiri kalau tak cekap lagi aihhh 🤣#foryoupage #eksidenn#latihanmemandu#alorsetar

♬ original sound – Irfan Hakim – Irfan Hakim

Macam video yang dikongsikan ini apabila seorang pelajar telah menekan pedal minyak secara tidak sengaja sehingga menyebabkan kereta tersebut meluncur laju ke dalam longkang. Difahamkan, kejadian berlaku semasa hari pertama pelajar tersebut memandu kereta di dalam litar di sekolah memandu tersebut.

Menurut pemilik video, cikgu memandu tersebut telah meninggalkan pelajar itu sebentar untuk ke tandas. Namun sebaik sahaja dia keluar daripada tandas, dia melihat kereta memandu tersebut telah pun terbabas masuk ke dalam longkang.

Pelajar tersebut dikatakan sedang mempelajari ujian zigzag di dalam kawasan litar itu dan tidak sengaja menekan pedal minyak gara-gara perasaan gemuruh. Malah pelajar itu juga telah menekan pedal minyak sejauh 70 meter daripada lokasi asalnya.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama memahami perasaan gemuruh yang dilalui pelajar itu. Dalam masa yang sama, netizen turut meminta cikgu memandu untuk lebih peka terutamanya dengan pelajar yang tidak mempunyai pengalaman memandu kereta sebelum ini.

“Cikgu memandu suka expect yang kita dah pandai bawa kereta…”

pelajar

“Saya pun dilepaskan bawak sorang, hasilnya naik divider. Benda dah naik, saya enjoy je lah.”

memandu

“Tak salah dia, salah cikgu dia biasa cikgu mesti ada sebelah dan brek akan ada sebelah cikgu kalau berlaku apa-apa…”

komen

“Kalau awal awal memang confuse minyak ngan brek.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Telefon Dibawa Lari, Pencuri Tak Sedar Kamera Tengah Rakam Video

Ikon Permotoran Tiada Lesen, ‘Influencer’ Disaman Memandu Audi Tanpa Lesen

Agihkan Rokok Sebagai Sedekah, Tindakan Individu Ini Undang Pertikaian Netizen

Sumbertik tok

Trending

Ryan
Hiburan

“Power editing”- Cubaan wanita ambil ‘followers’ Ryan Bakery bikin ribuan netizen tergelak

21 hours ago
kereta pengunjung MAHA
Kehidupan

Kecoh Dakwaan Kereta Pengunjung MAHA Kena Tunda, “Senang2 Buat Duit”

1 day ago
Ryan
Hiburan

“Mana ada skrip”- Ryan Bakery cerita pengalaman dalam Sepahtu Reunion Live

2 days ago
mak cik
Kehidupan

Temu Bual Isu Lif Rosak, Komen ‘Win’ Dari Mak Cik Ini Pula Jadi Perhatian

24 hours ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia