Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
kucing

Rakaman Kucing Bawa Lari Bungkusan Roti, “Tuan Suruh Pi Beli…”

Jannah by Jannah
2 weeks ago
in Haiwan
Reading Time: 2 mins read

Kucing antara haiwan peliharaan yang paling banyak dibela dan disukai ramai dengan kecomelan mereka ini. Namun selain daripada comel, kucing juga haiwan yang nakal dan ada sahaja tingkah laku mereka yang boleh memeningkan kepala. Sama seperti rakaman yang tular di media sosial ini tentang gelagat seekor kucing yang membawa lari bungkusan roti.

@nekliddeya

Puah doh make ikan.. try make roti la plop 😆 #kucingkampung#fypシ゚viral

♬ Pink Panther Intro – Henry Mancini

Video yang dikongsikan itu juga tular dan menerima hampir tiga juta tontonan setakat ini. Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang menggigit satu bungkusan roti Gardenia sambil berjalan.

Dalam masa yang sama, gelagatnya ini turut diperhatikan oleh seekor lembu yang turut sama berada di situ melihat kerenah si kucing yang seperti di dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Namun tidak dapat dipastikan dari mana kucing itu mengambil roti tersebut.

Pemilik video juga turut tertanya-tanya kucing siapakah yang dalam proses mencuri bungkusan roti itu dan berasa terhibur melihatnya. Difahamkan, kucing tersebut membawa bungkusan roti yang ditemuinya itu sehinggalah tiba di rumahnya.

@nekliddeya

Replying to @_undertal72 Sampai rumoh doh ni 🤣 PART 2 #kcuingtiktok #kucingrosak #kucinglucu

♬ Funny Song – Cavendish Music

Di dalam sambungan video tersebut, kelihatan kucing itu tiba di hadapan pagar rumah sambil membawa roti tersebut namun tidak berjaya melepasinya. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut berdekah melihat tindakan spontan si kucing ini yang telah menghiburkan mereka yang melihatnya.

“Dia bukan curi ni. Mak dia suruh pi beli roti ni kat kedai. Tak baik cing kena fitnah, cing anak yang baik.”

kucing

“Tuan suruh pi beli.”

roti

“Garu kepala tuan rumah tengok ada roti depan pagar.”

komen

“Wey kucing sekarang dah tukar diet ke? Makan roti tak makan ikan. Roti rumah aku pun baru beli habis dikokak kucing.”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

Anak Basuh Kereta Dengan Penyapu, Hasilnya Pula Buat Ramai ‘Menangis’

Reaksi Black ‘Terkucil’ Menyanyi Depan Tun M Buat Ramai Terhibur

Tak Ingat Alamat Rumah, ‘Rider’ Bantu Hantar Warga Emas Cari Jalan Pulang

Sumbertik tok

Trending

ryan live dengan adik
Lawak

Ryan Bakery ‘Live’ Dengan Adik Sendiri, “Bongsu VS Sulung Haha”

15 hours ago
Hayfa (1)
Hiburan

Parodi dialog popular Hayfa, “Part mak Hayfa, berdekah aku”

5 days ago
Duyung
Hiburan

Suka hiburkan ramai, diam2 Duyung jadi cikgu, “Respek”

3 days ago
Shuib (16)
Hiburan

“Drpd Zero to hero”- Video kejayaan BubbleBee Shuib dihujani ucapan tahniah

1 day ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia