Dikategorikan sebagai selebriti serba boleh, Isyariana antara yang semakin dikenali ramai. Berbakat sebagai seorang pelakon, Isyariana juga boleh menyanyi dengan suara merdu. Selain dari itu, Isyariana juga memiliki pakej lengkap sebagai salah seorang penghibur dengan fizikal dan karakternya.
Untuk yang tidak tahu, Isyariana adalah salah seorang alumni Akedemi Fantasia. Jadi tidak hairanlah dia pandai berlakon dan bersuara lunak merdu. Sudahlah cantik, pandai menyanyi pula!

Bagaimanapun, baru-baru ini Isyariana belanja suara dengan nyanyi lagu hindustan telah mencuri perhatian ramai. Dengan gaya ringkas, Isyariana dilihat menyanyi santai di satu ruang di sebuah rumah.
Lagu hindustan yang dinyanyikan semula oleh selebriti jelita ini berjudul Chura Liya Hai Tumne Jo Dil Ko. Korang saksikan sendiri rakaman nyanyian oleh Isyariana yang membuat ramai ‘cair’ menontonnya seperti berikut:
@isyariana33 Chura liya hai tumne jo dil ko ewahhh #churaliyahaitumnejodilko
Memang padu habis nyanyian dari Isyariana ini! Perkongsian rakaman Isyariana nyanyi lagu hindustan yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya ini telah meraih lebih 184 ribu tontonan dan 8,800 likes.
Apa-apa pun di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan rasa kagum mereka selepas menyaksikan rakaman ini. Suara Isyariana memang sesuai dengan lagu Bollywood sebegini. Harapnya ada video menyanyikan semula lagu hindustan yang lain nanti.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:
“Wau…Merdu sangat suaranya”
“Wow..Best dengar”
“Apa pun best u nyanyi”
“Loveeee sedap gils menang”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Penemuan Peti Berisi Perhiasan Diri Ini Curi Perhatian, “Hati2lah Takut Ada Tuan”
Trademark Bedak Bercapuk Di Muka, Kenali Ryan Bakery Sebenarnya