Baru-baru ini kecoh personaliti media sosial dan usahawan popular, Hafiz Mahamad didakwa sebagai pemilik akaun Sultan Pemurah yang kini menjadi sebutan ramai di platform TikTok.
Sultan Pemurah bagaimanapun tular mencuri tumpuan ramai tidak sekadar menjadi sebutan warganet malah rakan selebriti dan influencer terkenal juga dia menjadi buah mulut kerana sikap pemurahnya yang menghadiah atau memberikan gift kepada sesiapa sahaja ketika pengguna membuat live di TikTok.
Pun begitu, Sultan Pemurah yang identiti tidak didedahkan mengundang tanda tanya ramai dan cuba meneka siapakah disebalik pemilik akaun popular itu. Ini kerana sikap pemurahnya begitu dikagumi oleh warga TikTok kerana tidak berkira memberikan gift mahal seperti bentuk lion.
Ternyata selain Hafiz Mahamad, personaliti media sosial dan Youtuber terkenal iaitu Isa Isarb turut didakwa pemilik akaun Sultan Pemurah dan nampaknya hal itu menarik tumpuan tuan badan sendiri di TikTok dengan muncul menjawab persoalan tersebut.
@isaisarbofficial Tak nakk tak nakk
Perkongsian Isa Isarb di akaun rasmi, isaisarbofficial dengan menulis kapsyen, “Tak nakk tak nakk,” itu selepas didakwa sebagai Sultan Pemurah turut membuatkan ruangan komen dihujani ratusan reaksi ramai yang hadir dengan tekaan dia adalah pemilik akaun tersebut atau sebaliknya kerana Isa Isarb juga dikenali sebagai seorang yang pemurah.
“Dia la tu Sultan tu hahaha…”
“Biarlah rahsia”
“Aku yakin suara tu suara Isa”
“Macam dia”
Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
‘Sultan Pemurah’ netizen mulai syak Hafiz Mahamad, “Yang ni aku caya…”
BTS babak Hayfa diceraikan Adam, “Hebat gila dohh Ummi Nazeera”
Suara Namie Smy kumpulan Ubi dipuji penonton, “Aku suka dengar ulang2”