Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
gerakkan wiper kereta

Gerakkan Wiper Kereta Manual Guna Tali, “Baru Tahu Fungsi Orang Sebelah”

Ain Mahthir by Ain Mahthir
6 days ago
in Kehidupan, Lawak
Reading Time: 2 mins read

Salah satu komponen penting yang perlu ada pada kenderaan adalah wiper cermin. Ini berfungsi untuk mengelap air yang terpercik atau hujan supaya boleh lihat jalan dengan lebih jelas.

Tanpa wiper yang berfungsi dengan baik boleh merisikokan keselamatan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya yang lain. Apa yang lebih penting, bila cuaca pula sering hujan. Makanya penggunaan wiper sangat diperlukan pada waktu itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan dua lelaki menaiki sebuah kenderaan telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian itu dipaparkan gelagat dua lelaki tersebut yang sedang meredah hujan dengan kenderaan syarikat.

Ingatkan apa yang cuba mereka buat, rupanya si penumpang mengerakkan wiper kereta dinaiki mereka secara ‘manual’. Korang saksikan sendiri gelagat dua lelaki ini dalam perkongsian video berikut:

@epijelan

Ada yang merasa jugak ke 😅

♬ original sound – Fakhrul Hafiy – Fiyyo

Boleh pula wiper diikat dengan tali dan ditarik bergilir-gilir untuk mengerakkannya! Kreatif betul idea lelaki ini. Apa yang penting boleh nampak jalan di depan dan kenderaan lain.

Perkongsian rakaman lelaki gerakkan wiper kereta guna tali ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun epijelan. Rakaman lucu ini juga telah meraih lebih sejuta tontonan dan 82 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka selepas menyaksikan gelagat lelaki gerakkan wiper kereta guna tali ini di ruangan komen seperti berikut:

“Lawak matt…Kahkahkah…Maaf tergelak.. Baru tau function orang kat sebelah..Sebab selalu tido jer”

Screenshot at Aug 02 09-43-54

“Ini kalau bawak sorang mau pening kepala tangan mana nak pegang stering tangan mana nak tarik tali”

Screenshot at Aug 02 09-43-36

“Penat la hari2 macam ni”

Screenshot at Aug 02 09-43-22

“Yang depan tu kuar kete ada biseps terus haha”

Screenshot at Aug 02 09-42-50

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Waris Mahsuri Ketujuh Terkini Curi Tumpuan, “Dia Pun Cantik, Apatah Lagi..”

Gara-Gara Lakonan Dalam Risik Pada Hati, Alif Satar Luah…

Yassin Senario Buat Video Dengan Isteri Dan Anak, “Nasib Baiklah..Pelawak..”

Sumberepijelan

Trending

Ryan
Hiburan

“Power editing”- Cubaan wanita ambil ‘followers’ Ryan Bakery bikin ribuan netizen tergelak

23 hours ago
kereta pengunjung MAHA
Kehidupan

Kecoh Dakwaan Kereta Pengunjung MAHA Kena Tunda, “Senang2 Buat Duit”

1 day ago
Ryan
Hiburan

“Mana ada skrip”- Ryan Bakery cerita pengalaman dalam Sepahtu Reunion Live

2 days ago
mak cik
Kehidupan

Temu Bual Isu Lif Rosak, Komen ‘Win’ Dari Mak Cik Ini Pula Jadi Perhatian

1 day ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia