Menjaga adab sesama jiran sangat penting terutamanya jika tinggal di dalam kawasan perumahan seperti di apartment atau pangsapuri. Macam satu perkongsian yang menjadi bualan ramai di media sosial tentang keadaan sebuah rumah yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan jiran-jiran.
Menerusi video yang dikongsikan itu, pemilik video menunjukkan keadaan di kawasan sebuah rumah yang dikatakan penghuninya selalu membuat bising. Malah rumah tersebut juga telah diconteng dengan tulisan ‘rumah suka bising’ oleh jiran-jiran yang tinggal di situ.
Difahamkan, pemilik video berada di kawasan perumahan flat yang terletak di Sungai Chua, Kajang. Dari jauh, kelihatan rumah tersebut yang telah dicop sebagai rumah yang bising di mana tulisannya jelas kelihatan. Dalam masa yang sama, kedengaran bunyi yang sangat bising dari rumah tersebut sekaligus membuktikan dakwaan itu benar.
@enridwan Biar kita miskin harta jangan miskin Adap . Kesian jiran hadap hari-hari jiran macam nie. Agent pening macam mana nak jual rumah kalau jiran macam gini😅#rumahbusuk#propertyagent
Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi dari netizen yang turut sama terkejut melihat keadaan rumah tersebut. Tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakan penghuni rumah itu yang langsung tidak mengambil kira perasaan jiran di sekeliling walaupun selepas rumah tersebut diconteng.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menekankan adab sesama jiran yang perlu diambil kira sekarang ini. Malah ada juga yang memberitahu turut melalui situasi yang sama dengan jiran mereka yang suka membuat bising tanpa memikirkan orang lain di sekeliling.
“Sebab tu lah aku tak boleh duduk dengan b40.”
“Tapi rumah flat ni memang tak privasi. Jiran sebelah bercakap pun kita boleh dengar jelas…”
“Bukan setakat flat, rumah teres pun ada macam ni. Bukak radio, main alarm kereta sampai nak satu taman dengar…”
“Bunyi macam kat tempat arcade.”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:
Gelagat Jemaah Haji Bersiap Cantik Dalam Pesawat Jadi Bualan Netizen
Disamakan Dengan Johan As’ari, Reaksi Imran Bard Buat Ramai Ketawa
Shuib Sedekah Senyap-Senyap Dekat Kanak-Kanak Jual Kerepek Raih Pujian Netizen