Namie Smy mula dikenali ramai dengan video membebel loghat nogori satu ketika dulu. Sejak itu Namie Smy mula menjadi terkenal di platform TikTok.
Malah baru-baru ini kemunculan Namie Smy dalam Muzikal Lawak Superstar bersama Fad Bocey dan Sharif Zero dalam kumpulan Ubi telah menjadi bualan ramai. Manakan tidak baru masuk beberapa minggu, nama Namie Smy mula menjadi bualan ramai.
Bukan itu sahaja suara nyanyiannya juga turut dipuji merdu. Disebabkan itu satu syarikat rakaman dikenali sebagai Rusa Music baru-baru ini menawarkan Namie jadi penyanyi di bawah syarikat mereka.
Rakaman Namie jadi penyanyi di bawah Rusa Music dimuat naik menerusi akaun TikTok syarikat itu sendiri. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:
@rusamusic Namie nak jadi stope pulak ke? Agak agak lagu macam mana @namie_smy nak keluar ye? #rusamusic #rusamvm
Perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan dan 70 ribu likes. Malah di ruangan komen, ada yang mendedahkan Namie pernah muncul dalam muzik video Bersyukur Seadanya nyanyian Hael Husaini satu ketika dulu.
Wah, tak sangka! Rezeki bermula dari bawah dan lihatlah Namie Smy sekarang. Perlahan-lahan menuju ke dunia glamour dengan bakat yang ada padanya. Di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah. Malah ada juga yang terhibur dengan gelagat Namie dalam video yang dikongsikan itu.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:
“Mantap Namie..Adoi tak leh move on la masa dia jadi stopek”
“Rezeki bang Namie suara sedap”
“Rezeki tu. Talented, dari penari Hael Husaini sampai jadi artis dah sekarang”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Terkedu Dengar Nyanyian Lagu Baru Oleh Marsha, “Power Betul Suara Dia”
Lagu Isabella Versi 40-an Oleh Lelaki Ini Dipuji, “Sedap Pulak Telinga Dengar”
Lakonan Ummi Nazeera Sebagai Hayfa Beri Kesan Pada Penonton, “Layak Terima Anugerah!”