Tentu sahaja gelagat kucing antara yang sentiasa menjadi perhatian buat warganet malah dengan adanya pelbagai platform yang boleh membuatkan pengguna dapat berkongsikan gelagat si comel-comel itu, ramai yang dapat mengembirakan diri.
Malah gelagat seekor kucing ini juga tak kurangnya mengundang gelak besar warganet yang rasanya jika tidak di lihat lebih dekat tentu tidak perasan apa yang dimaksudkan oleh pemilik akaun yang berkongsikan telatahnya ini kepada umum.
“Pelaris, eee seram, macam tahu tahu je orang nampak dia,” begitulah yang ditulis diruangan video yang dalam pada masa sama memaparkan kelibat putih dan hitam yang berada di bumbung sebuah kedai.
Dikatakan pelaris, pada awalnya netizen keliru namun rupa-rupanya seekor kucing yang berada di atas itu yang seolah-olah menjadi CCTV di kedai ini. Hantaran video pendek ini bagaimanapun mengundang gelak besar warganet dengan ribuan tanda suka juga ditinggalkan warganet selain turut tular dikongsikan ramai.
@puspawwwangy Patut kedai ramai org…bela dia kan murah r3zeki..#seram#indonesiatiktok🇮🇩#fyp#cattiktok#makhlukhalus#misteri
Perkongsian tersebut dengan ruangan kapsyen pula berseloroh, “Patut kedai ramai orang, bela dia kan murah rezeki,” itu turut mencetuskan warganet meninggalkan pelbagai reaksi. Tentu sahaja warganet turut tercuit hati dengan kecomelan kucing tersebut yang boleh pula menjadi CCTV di kedai terbabit.
“2 kali pandang baru tahu…”
“Patut fokus…”
“Hahaha…”
“Hahhaa ni pelaris terpaling…”
Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Ryan Bakery sama penyampai2 radio bikin terhibur, “Seronok kan tengok diorang”