Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
Himpunan Cerita Lawak
No Result
View All Result
baldu biru shila amzah

Baldu Biru Versi Shila Amzah Dan Amir Masdi Dipuji Ramai, “Ada Chemistry Yang Serasi”

Ain Mahthir by Ain Mahthir
4 days ago
in Hiburan
Reading Time: 2 mins read

Penyanyi yang satu ini bukan calang-calang pencapaiannya. Shila Amzah adalah salah seorang penyanyi dari Malaysia yang mengharumkan nama negara hingga ke luar negara.

Memiliki suara lunak merdu, Shila Amzah antara penyanyi tanah air yang memiliki barisan peminatnya tersendiri. Pernah menjadi juara di pentas Anugerah Juara Lagu bersama kumpuan SOG menerusi pelukan Angkasa.

Kebolehan nyanyian Shila Amzah memang tak perlu disangkal lagi. Padu habis! Malah baru-baru ini Shila Amzah menyanyi semula lagu Baldu Biru berduet dengan Amir Masdi telah mencuri perhatian ramai.

Berikut adalah perkongsian rakaman Baldu Biru versi Shila Amzah dan Amir Masdi yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik penyanyi hebat ini sendiri:

@shilaamzahofficial

Korang request full #baldubiru ,nah amek la..me and amir dah surrender 😂💙

♬ original sound – shahilaamzah – shahilaamzah

Wow, hasil gabungan nyanyian yang cukup padu dan menghiburkan! Shila Amzah dan Amir Masdi, kedua-duanya memiliki vokal yang bagus menjadikan duet ini cukup sempurna.

Apatah lagi lagu Baldu Biru nyanyian asal Ratu Rock, Ella ini juga memang layan habis! Perkongsian rakaman Baldu Biru versi Shila Amzah dan Amir Masdi ini telah meraih lebih 488 ribu tontonan dan 33 ribu likes.

Rata-rata warganet memuji vokal kedua-dua penyanyi ini. Malah ada juga yang sempat mengusik lirikan Amir Masdi pada Shila Amzah. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Amir memang macam tu la…Dia nak ambil feel. Masa dia nyanyi lagu Halaman Asmara dengan Kak Ziana pun macam tu”

Screenshot at Aug 05 11-26-23

“Kenapa aku yang senyum2 tengok Amir pandang Shila”

Screenshot at Aug 05 11-25-38

“Cara Amir pandang Shila tu sesuatu..Anywayy nice duet!”

Screenshot at Aug 05 11-25-15

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Ryan Bakery Belanja Suara, Tak Sangka Boleh Menyanyi Rupanya!

Pemilik MyVi Cuba Alih Dari Banjir Raih Perhatian, “Boleh Pakai Idea Dia”

Keluarga Ryan Bakery Sentiasa Support, “The One Yang Tak Naik Sorang2”

SumberShila Amzah

Trending

Ryan
Hiburan

“Power editing”- Cubaan wanita ambil ‘followers’ Ryan Bakery bikin ribuan netizen tergelak

22 hours ago
kereta pengunjung MAHA
Kehidupan

Kecoh Dakwaan Kereta Pengunjung MAHA Kena Tunda, “Senang2 Buat Duit”

1 day ago
Ryan
Hiburan

“Mana ada skrip”- Ryan Bakery cerita pengalaman dalam Sepahtu Reunion Live

2 days ago
mak cik
Kehidupan

Temu Bual Isu Lif Rosak, Komen ‘Win’ Dari Mak Cik Ini Pula Jadi Perhatian

1 day ago
  • Penafian
  • Pengiklanan

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia

No Result
View All Result
  • LAGI MENARIK
    • Deals
    • Fashion
    • Media Sosial
    • Kehidupan
    • Hiburan
    • Berita
    • Teknologi
    • Travel
    • Bisnes
    • Makanan
    • Lawak
    • Umum
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

© 2021 HCL Network (LA0012892-W), fresh from Malaysia